Macaroon
- Berasal dari Itali. Macaroon bermaksud rangup dan kenyal. Ia merupakan sejenis manisan yang diperbuat daripada serbuk badam, gula kastor dan putih telur. Ia mempunyai dua keping kulit luar yang diletakkan inti di tengah-tengahnya yang kelihatan seperti burger.
Kek Red Velvet
- Merupakan kek berwarna merah gelap, terang atau merah coklat. Ia biasanya disediakan sebagai kek berlapis yang ditambah dengan gula aising vanila berkrim atau krim aising keju
Pavlova
- Nama pavlova diambil sempena nama seorang penari ballet Russia, Anna Pavlova. Pavlova berkunjung ke sebuah hotel di New Zealand ketika makanan tersebut dihidangkan buat pertama kalinya di hotel tersebut pada tahun 1926. Ia merupakan sejenis kek meringue iaitu putih telur yang dicampur gula, tepung, cuka dan vanila. Kek itu dibakar pada suhu sederhana sehingga permukaan luarnya menjadi garing, tetapi bahagian dalamnya lembut dan kenyal. Pavlova dihias dengan krim dan buah-buahan.
Bubble Tea
- Merupakan minuman berasaskan teh yang dicipta di Taichung, Taiwan sekitar tahun 1980-an. Bebola kecil bubble tea yang dikenali sebagai mutiara diperbuat daripada tepung ubi kayu yang diletakkan di dalam air teh pelbagai perisa.

