Showing posts with label Diari Kehamilan -2. Show all posts
Showing posts with label Diari Kehamilan -2. Show all posts

Saturday, October 15, 2016

Pengalaman Bersalin Anak Kedua- Caesarian

Assalamualaikum semua...

Yup..saya dah bersalin pada 2 September 2016 yg lalu. Hari ni dah 43 hari usia adik. Baru la dapat nak update blog ni. Banyak betul yang terjadi. Saya tak pasti adakah saya mampu ingat semuanya...maklumla lepas bersalin ni makin menjadi-jadi pelupa saya huhuhu

Dah pukul 12.35 pagi...sesapa yg nak baca kisah ni bolehlah buat kopi dan cicah biskut ye...ini satu cerita yang panjang...saya combine semua dlm satu post sebab kekurangan masa...

Semuanya bermula pada minggu ke-36

Checkup di KK. Berita pertama ialah Hb turun dengan drastiknya dari 9.2 ke 8.8. Gulp...telan air liur jap. Terperanjat tapi agak dah sebab tak makan vitamin dan tak jaga makan...tetiba rasa bersalah dan kesian kat baby dalam perut.

Walaupun saya dok tulis entri 'hb naik tanpa makan vitamin' dlm blog ni, tapi kali ni saya tak amalkan sebab entah...malas dan tak tau la..tak kuasa nak telan pati delima tu...kurma pun makan sikit je...

Berita kedua lagi teruk. Nurse check perut. Lama dia dok tekan-tekan. Ayat yg keluar ialah...eh mana kepala budak ni. Whatttt???? Berderau darah saya. Then dia cari lagi dan dapat jumpa di tepi perut. Tak masuk laluan. Refer ke doktor.

Jumpa doktor. Bab Hb, saya diminta hati-hati sebab kalo turun ke 8, susah nanti. Scan...dan saya diminta pergi ke hospital pagi tu jugak.

Oke...bagitau bos nak cuti. Balik umah, bagitau suami dan minta dia jaga Ilman. Boleh pulak dia acuh tak acuh. Sakit la hati saya, Menda serius ni. Later balik dari hospital petang tu baru saya tau, dia ingat saya ke hospital sebab kencing kotor. Salah dengar katanya.

Saya drive sendiri. Ni kali kedua refer ke hospital. Kali pertama masa minggu ke 30 dulu sebab heartbeat baby laju.

Sampai HTJ, buat pemeriksaan semua dan scan. Eh kepala adik kat bawah balik. Saya ingat ok dah. Tapi doktor tu kata nak masukkan saya ke wad. Katanya bahaya bagi saya balik, nanti tiba-tiba ada tanda nak bersalin, tapi kepala adik kat tepi semula, cane nak keluarkan dia? Tak sempat nanti nak ke hospital, baby boleh meninggal dalam perut kalo lambat operate.

Itu la kata-katanya. Saya merayu...nak  balik jugak...nak uruskan Ilman, amik barang, macam-macam lagi. Mustahil untuk saya masuk wad on the spot macam tu.

Then doc tu discuss dgn doc pakar. Akhirnya saya boleh balik, tapi...mesti lapor diri ke wad pada hari Ahad 28/8/16 untuk pemantauan selama 3 hari. Kalau 3 hari tu, masih kedudukan adik tak menentu, kena operate.

Maka, baliklah saya ke umah...


Kisah di Wad

Pagi Ahad tu, masuk screening room dulu. Agak lama di situ. Ilman dan suami tak dibenarkan masuk. Kesian Ilman, dengar dia nangis kat luar. Saya nak suruh diorang balik dulu, tapi nurse kata suami perlu uruskan pendaftaran saya masuk wad.

Lebih kurang pukul 11 pagi camtu, saya pun ke wad. Again Ilman tak dibenarkan masuk sebab bawah 12 tahun. So dia dan suami hantar saya kat pintu je. Sedih oke...peluk cium Ilman...macam mana la dia selama 3 hari tu nanti. Ilman ni masih nenen ngan saya. Biasa pukul 4 pagi dia mesti bangun nak nenen. Mesti dia tercari-cari saya nanti...

Saya ditempatkan di katil di koridor sebab takde bilik kosong. Sabar ajelah dengan orang lalu lalang. Pukul 5 petang baru dapat katil. Eh? wad kelas dua? Satu bilik 4 katil. Biar betul. Bukan kami apply wad kelas 3 ke? Biarla...diam sudah hehehe...dapat katil tepi tingkap.

Di sini rutin nya adalah checkup aje. Kejap-kejap nurse dan doc datang. Memang kita tak dapat nak rehat. Suhu bilik punya la sejuk...menggigil-gigil nak-nak kalo ke toilet. Ya ampun...air batu rasanya air paip tu...

Dalam 3 hari tu, doc buat lie chart untuk tengok kedudukan adik. Emm...pagi kepala adik kat kanan, karang petang dah kiri pulak...gitu la selama 3 hari tu..unstable lie...perut ni dok la kena tekan..dengan doctor, dengan doktor pelatih...dengan kena interview dengan doktor pelatih...doktor pakar...nurse...haishh...

Hati pun sedih dan risokan Ilman. Ayahnya bagitau, balik dari hospital tu, Ilman bukak almari dan pegang baju saya. Sedihnya...

Situasi kat wad tu memang la tak menyenangkan...tapi geng satu bilik oke dan bertukar ganti..Seriau jugak sebab masing-masing lain-lain kes. Yang paling tak tahan, tiga-tiga roommate kena induce, sorang-sorang ke labour room untuk bersalin normal, at the end, semua balik ke wad dah kena bedah...huhuhu

Tangisan baby...keadaan kawan-kawan yang sakit, sejuk gile, letih tak dapat tidur, rutin checkup yg ketat, rindu Ilman, risau keadaan baby dalam perut, contraction...ye...hampir setiap masa perut ni kerasssss aje...dalam hati nasib baik aku dah kat spital, kalo kat umah perut keras macam ni memang seram la kan..

Bila adik berpusing kedudukan dalam perut ni, sakitnya tu tak dapat nak cakap. Rasa nak mengalir air mata menahan. Semua perkara dan perasaan bercampur baur...

Dan akhirnya, selepas 3 hari, keputusan lie chart menunjukkan tak sekali pun kepala adik masuk laluan. Berpusing je dia dalam perut ni. Maka diputuskan untuk operation. Doctor kata, kalau kedudukan adik statik, contoh kepala di atas, boleh dipusingkan ke bawah dengan syarat air ketuban cukup. Tapi, sebab adik tak stabil, nanti kalo dipusingkan pun, dia gerak balik kan..gitu la katanya...

Maka tunggu tarikh untuk masuk dewan bedah. Kemungkinan Khamis atau Jumaat. Maka tambah lagi hari dok di wad tu.


Persediaan Sebelum Dibedah

Hari Khamis diberitahu, tarikh saya dibedah ialah esok-Jumaat. So Khamis tu doktor bius dan doktor yg akan operate saya datang bagitau prosedur. Sign surat persetujuan. Ambil darah untuk check Hb. Rutin checkup masih macam biasa. Dan cucuk jarum drip pada tangan.

Ya ampun...masa bersalin Ilman dulu, saya tak perasan yang cucuk jarum drip ni sakit, sebab masa tu contraction tengah menggila. Sekarang ni, dalam keadaan sedar cucuk jarum yg besar tu, harus la rasa nak nangis kan.

Hulur tangan kiri, tak dapat masuk. Tangan kanan, tak juga. Darah dah menitik-nitik ni. Last-last bejaya jugak tangan kiri ni. Sob sob...itu cuma permulaan kesakitan je...

Saya memang tak tau pembedahan akan jadi sakit sangat nanti. Sebenarnya, saya rasa ni semua sebab saya celupar sangat, saya asyik cakap saya takut bersalin sebab takut contraction. Jadi mungkin adik dengar, dan dia tak nak masuk laluan. So saya kena operate.

Betul terlepas dari contraction, tapi hadap la sakit lepas bedah tu. Kalo saya fikir balik, menyesal sangat dan jadi pengajaran. Tapi, mungkin ini takdirnya. Dah ditentukan...

Oh ye...boleh pulak doctor kata Hb saya 8. Kena masuk darah. Erkkk...bukan ke masa kat wad ni saya makan seimbang (ye la menu hospital), minum susu kambing, pati delima dan madu, macam mana boleh turun pulak Hb?

Owh...silap...doktor lagi sorang bagitau bacaan 8.8...tak perlu masuk darah. Pheww...lega...saya memang penakut bab darah ni...


Hari Pembedahan

Pagi...mandi...checkup...katanya 9.30 giliran saya...yg no 2...tapi diberitahu ada emergency case...so saya kena tunggu bagi laluan untuk patient tu...takpela...walaupun boring dan menambahkan debaran je menunggu ni.

Suami datang pukul 12.30. Then bila dia balik, dan dan saya diarahkan ke dewan bedah. Saya wasap suami bagitau. Hehehe later baru saya tau dia patah balik dan tunggu kat luar dewan bedah, tapi tak dapat jumpa saya.

Oke, saya disuruh pakai baju bedah yang seksi tu. Pakai sarung kepala, dan disorong ke dewan bedah. Perasaan ting tong je. Sampai sana dibacakan surat persetujuan pembedahan. Oke...gila takut...

Saya ni rabun teruk...so nampak kabur je semua. Mula mula cucuk bius di tulang belakang. Saya disuruh duduk dan pegang bantal. Cucuk ni 2 kali. Yang kedua tu bisa. Then lepas tu disuruh baring.

Saya disuruh angkat kaki. Oke...memula eksen la..tinggi angkat kaki...pastu kali kedua...eh eh eh...kaki dah berat macam kena simen...ubat bius dah jalan daa...

Then ais digerakkan dari kaki ke dada. Doc tu ulang tanya..sejuk tak...rasa tak...saya mula la confuse..rasa sejuk...emmm tak sejuk sangat...dalam hati takut gila kalo salah inform dia, kang dia start potong, kalo bius tak kuat mau meraung nanti huhuhu

Sambil tu saya menggigil sampai rasa bergoncang badan. Ye la...sejuk dan seksi kot...ingatkan bersalin normal je kena bukak kaki, operate pun camtu gak...serupa tak pakai apape pun..huhuhu...tirai diletakkan kat dada...tiub katerer dimasukkan..

Ok...tak dapat masuk...apa hal ni...saya takut dah...dekat 20 minit tiub kencing tu tak dapat masuk...last-last saya dengar diorang kata cari yg paling halus...dalam saya ada macam pembengkakan tak dapat masuk yg jenis biasa...

Aiyokk..patut la saya susah kencing...semua ni start dari selepas bersalin Ilman yang tiub kencing saya kena rentap dulu...start dari tu saya pedih bila kencing dan tak lawas sangat huhuhu

Nasib baik doktor nurse semua baik. Yang sorang ni senyum je, layan je pertanyaan saya. Dia suruh saya bertenang jangan menggigil nanti BP naik pulak..

Banyak kali saya tanya nanti sakit tak potong. Doktor cakap akan terasa tapi tak sakit. Oke...risonya saya...Saya mati-mati ingat kalo dah bius tak akan rasa apa-apa...

Oke...dah start. Saya tutup mata dengan kain. Layan perasaan masa dipotong perut tu. Terasa torehan tu. Saya ni kan penakut. Then kejap je perut kena goncang dan kena seluk. Pastu eh...suara baby menangis...adik dah keluar...Adik nangis punya la kuat.

Lepas tu time dijahit. Aish dalam hati, sabar...sabar...bila nak habis ni...tangan dah lenguh sebab mendepang..pastu tetiba doc atau nurse bagitau...puan, ada orang nak jumpa.

Dengan vangang dan blur, saya tanya sapa. Eh, adik dihulurkan dan diletakkan kat dada saya. Hehehe dik, mak ko ni memang sengal...kejap je, pastu diorang amik adik balik...

Dah selesai jahit, badan saya menggigil sebab saya rasa ngeri. Kemudian disorong ke bilik pemantauan. Yang saya ingat, check bp, apa lagi ntah...lama gak kat situ.

Balik wad, pukul 4.30 atau 5 petang kot. Tak ingat sangat la. Cuma ayah Ilman datang, bagitau tadi dia ada kat bawah. Nurse datang bawak adik. Azankan.

Malam tu, bius masih ada, jadi dapat la jugak bangun untuk susukan adik walaupun susah payah. Tapi yang kelakarnya, muka rasa gatal. Berjangkit ke badan, kaki...adeh...alahan ubat bius rupanya huhuhu. Dah macam apa pulak tgergaru-garu tak habis-habis.

Pagi esoknya...subuh tu nurse datang. Cabut tiub kencing, tukar pad. Dia teman ke bilik air. Pastu biasala rutin checkup, paling nyampah kena cucuk ubat cair darah untuk 10 hari. Bisa tu picagari tu.

Bila ubat bius dah hilang, memang bergantung kat ubat tahan sakit yg ala ala tak berkesan pun. Entah, saya rasa sakit jugak walau dah telan. Awal-awal saya dah makan ayam...dah itu yg dihidangkan..lapar...

Kalau operate, kena lepak wad 3 hari. Tahan la dengan sejuknya, nak nenen baby lagi, nak bangun, turun naik katil dengan luka bedah tu, nak ke bilik air...adeh seksa gak. Boleh pulak masa hari Ahad tu, saya dah dibenarkan balik, tetiba saya tak boleh kencing.

Erkk...kisah dulu berulang lagi. Kencing dikeluarkan melalui tiub, doc cakap kalo  tak leh kencing pasni, tak leh balik. Huwaaa...gigih la praktis kan...berjaya...petang tu balik...yea yea...

Bayaran selama 8 hari kat hospital, plus kos operate RM 174. Bayaran kelas ketiga padahal lepak kat wad kelas dua. Hehehe...rezeki...


Nama adik?

Ahmad Irfan Yusri b Ahmad Lutfi


Kisah Selepas Bersalin

Lepas dapat baby, adalah rutin yang sangat sibuk dan mencabar. Nak nak saya yang bersalin setahun sorang ni. Dah macam beranak kembar pulak rasanya. Segala mitos dalam berpantang duduk diam-diam jalan kepit-kepit tu, itu hanya terjadi kalau kita ada orang yang membantu...mak ke...adik ke..atau kalau kaya boleh upah pembantu hahaha

Dalam seminggu pertama tu, nak bangun dari katil memang susah sangat. Bila dah baring, then nak bangun, kena la berpaut kat tepi katil ke apa ke. Sebab memang rasa macam lumpuh separuh badan.

Saya berpantang di rumah sendiri. Ok consider tak berpantang pun. Kalut semacam rumah ni dengan bebudak 2 orang ni. Adik kena sakit kunng sehingga hari ke 14. Jadi...macam biasa hari-hari ulang alik ke KK untuk cucuk ambil darah. Kalau KK tutup, pergi klinik Rasah atau HTJ terus.

Seingat saya, hari ke 5 dan 6, adik kena masuk Pusat Rawatan Harian kat HTJ, lepak bawah lampu. Kali ni nasib baik tak oerlu masuk wad, time Ilman dulu lagi teruk kena masuk wad 2 hari.

Hari ke 8, luka saya berair dan bernanah. Kena makan antibiotik 80 biji dalam masa 5 hari, dan dressing luka hari-hari. Hari ke 8 tu jugak, saya direfer ke HTJ  sebab nak pastikan kenapa rahim saya tinggi lagi.

Saya diberitahu, kalau caesar memang perut lambat susut, cuma saya ni nampak luar biasa sikit. So kat hospital scan, laa ada ketumbuhan fibroid pulak. Nov nanti akan ada checkup detail dengan pakar.

Keseluruhannya, saya cuma jaga makan je, sebab nak berbengkung pun tak boleh lagi, nak makan jamu pun kena tunggu hari ke 30. Saya tak sempat nak bertungku, cuma pakai pilis je lepas mandi.

Tapi saya makan banyak sayur...memang menu sayur je pun. Saya nak kurangkan makanan berdaging sejak tau ada fibroid tu. Oren sunkist, madu, susu kambing, pati delima, ada jugak makan kapsul minyak zaitun. Pati haruan pulak, doctor tak bagi makan awal-awal takut nanti luka dalaman cantum tak cantik. Jadi saya bersabar sampai hari ke 20 baru minum pati haruan tu.

Minum 7 botol, ingatkan dah oke. Tapi hari ke 30 macam tu, luka kat hujung tu terbukak dan berair balik. Minum lagi 7 botol. Sampai hari ke 40 macam tu, baru kering luka luar tu. Dalaman tak tau la pulak ceritanya huhuhu. Tapi, memang saya rasa ngilu sampai sekarang bahagian bawah pusat tu, tak boleh sentuh langsung.

Makan Jamu Seri Bonda hari ke 33, settle masalah sembelit. Mujarab jamu ni. Hehehe...terpromote pulak...

Gitu la ceritanya...amacam panjang lebar kan...ni semua untuk kenangan je. Adik boleh baca bila besar nanti. Lagipun tak adil la kan kalo untuk Ilman saya cerita, untuk adik takde pulak. Jadi ni nak bagi adil la ni huhuhu

Okeh...2.30 pagi dah...amik masa dua hari nak tulis ni ;)



Friday, August 19, 2016

Minggu 35...

Ikutkan banyak nak update.. tapi perasaan malas menguasai diri..hua hua huaa...

Overall masih macam biasa pergi rutin check up... BSP sepatutnya semalam adalah yang terakhir sebelum bersalin. Tapiiii....

Bacaan kedua pukul 10 pagi tu kantoi sudah...maka kena la repeat balik ujian ni seminggu lagi..

Tu laa...saya ni memang pandai cari penyakit...dah tau hari ujian gi makan nestum buat apa...owhhh...

Barang ke hospital pun tak packing lagi...kali ni tak beria macam anak first dulu.

Dah tau mana yg benar-benar perlu dibawa...hehehe

Hujung bulan ni last keje sebelum cuti panjang. Ambik cuti tanpa gaji 2 bulan. Maknanya takde la dapat gaji dalam pantang nanti.

Sebab, saya tak pasti akan kembali masuk kerja atau tak. So kalo bos bayar gaji dalam pantang, mesti la dia expect kita akan kembali bekerja kan. Tapi saya masih berbelah bagi hati ni. So, dalam pantang nanti la saya fikirkan dan buat keputusan sebenar-benarnya.

Semuanya bergantung pada keadaan..saya pun masalahnya tak percaya ngan pengasuh...dan lagi hati dah tawar nak kerja kat situ...banyak halnya..

Tapi dalam masa yg sama kewangan keluarga kami belum stabil lagi...so...itu yg dalam dilemma tu...huhuhu...

Entahla...dok harap perkara yg baik-baik je la sekarang ni..

Tapi yg peliknya, sekarang ni saya ada rasa takut sangat nak bersalin...emm.. ye la kan...kita dah ada pengalaman..

Dulu masa Ilman, saya tak tau apa apa walaupun banyak membaca tentang situasi bersalin tu..means tau, tapi belum merasainya...so masa tu kira redha je la apa doc n nurse nak buat.

Sekarang bila dah tau prosesnya...serius saya rasa menggigil lak badan huhuhu

K laa...nanti sambung cite lagi..daaa....

Wednesday, July 27, 2016

Dah 32 Minggu- Cepatnya Masa Berlalu...

Assalamualaikum...selamat sejahtera pembaca sekalian...

Hehehe...lama kan i menghilangkan diri...

Tak...ada je di sini...cuma tak sempat nak mengupdate blog ni..

Nak bukak komputer tu malas na lak rasanya nak tekan suis tu...haihhh...

Nak update pakai phone mmg tak la kan...dok la tersalah taip...tak pandai sgt guna touch screen...ke jari ni dah mengembang...tu yg dok salah tekan huruf memanjang huhuhu

Perkembangan terkini...saya dah 32 minggu peknen anak kedua ni...Tapi kesian dia...hari tu saya kena refer ke hosptal sbb heartbeat baby tak stabil...tapi check itu, check ini...Alhamdulillah dah oke balik...

Rasanya sebab saya terlalu penat dan stress kot...maaf baby...mummy akan cuba ubah apa-apa yg perlu supaya baby sihat...

Hb pulak semestinya masih low...9.4 setakat ini...tu yg cepat letih tu...lagi pulak kita ni bekerja, dan anak sulung si Ilman baru setahun 5 bulan.

Anak baru setahun lebih, jadi biasa la kita akan letih sikit, sebab dia kecik lagi, makan kena suap, kena mandikan, masih menyusu badan, tidur pun kena dodoikan...normal la tu kita tak cukup tidur..

Mungkin sebab tu kita disarankan mengandung lepas anak berusia 2 tahun. Tapi macam saya ni,Alhamdulillah dapat rezeki awal. Ye la kan, dah 36 pun, nak tunggu apa lagi...Allah bagi kita terima...syukur..

Lain-lain hal macam biasa buat BSP (memang saya tak akan dapat cuti time BSP) huhuhu, check up 2 kali seminggu, dan sekarang dah rasa sakit bahagian bawah. Kepala baby dah di bawah pun..

Tapi doa banyak-banyak jgn lahir awal, riso kalo tak cukup bulan..bertahan ye nak...biar lahir 39 atau 40 minggu nanti..hehehe

Nanti saya update pasal tempahan coklat ye..lum sempat taruk gambar kat sini...tak banyak pun tempahan raya hari tu...cuma dari customer lama je..ok la tu...rezeki jugak kan..

K nanti saya update lagi..Daa =D



Sunday, June 5, 2016

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum..

Hai semua..

Saya masih di sini walau jarang update blog

Maklumlah bz skit

Perkembangan terbaru ialah...jeng jeng jeng...

Hb saya dah turun ke 9.1...oh no.. patutlah cepat sangat letih...

Tapi kali ni tak kena marah macam masa mengandung ilman dulu...sebab doc n nurse dah tau saya pembawa talasemia jenis Beta..huhuhu

Tapi saya kena amalkan balik makanan yg saya makan masa mengandung dulu (rujuk post hb naik tanpa makan vitamin)...emm saya yg tulis tapi sekarang liat betul saya nak amalkan sebab memang takde selera nak makan menda-menda tu..

Ilman pulak disahkan pembawa macam saya...

Err masa doc bagitau result darah ilman tu, saya terus terpikir alahai susah la time dia nak kahwin nanti,,

Ilman kena la cari pasangan yg normal utk elakkan anak dapat penyakit talasemia ni...macam saya ni pembawa, ayah si ilman normal...

Jadi anak-anak kami ni oke cuma pembawa jugak bukan pesakit yg kena tukar-tukar darah tu..

Ilman baru setahun empat bulan, mummy dah jauh naa pikir huhuhu

Ye la menda serius kan..

Lain-lain xde sangat la perkembangan saya selain daripada kesihatan agak kureng...letih kerja pun ye...x cukup rehat pun ye...campur dgn anemia dan GDM ni lagi huhu

Paling tensen bila kena buat BSP sebab tak dapat cuti

Dah 2 kali buat, Alhamdulillah result oke, paras gula terkawal..

Tapi tak tahan sebab berulang alik ke klinik 4 kali sehari..

Rumah-klinik Sendayan-rumah-klinik-Ampangan(hantar ilman)-opis Seremban-klinik-opis-Ampangan(jemput ilman)- rumah-klinik-rumah

Pheww...dah la kena makan,puasa 2 jam, makan, puasa...cabaran sungguh..

Mana taknya bila x dapat cuti, masuk opis keje berlambak menanti...memang letihhhh yg amat sangat :(

Kaki selalu cramp, sakit belakang, sakit bahagian atas perut..mencabar sungguh rasanya mengandung kali ni

Moga-moga baby dalam perut ni sihat...Aminn

Selamat berpuasa to u all ;)




Monday, April 11, 2016

Tahniah...Kantoi Lagi MGTT...

Tu dia..

Kali ni pun sangkut lagi ujian air gula ni. Macam biasa kena puasa dari pukul 10 malam, patutnya cantik dah pasal dah elak makan manis beberapa hari sebelum. Makan nasi pun pukul 5 petang. Pukul 9 malam dah stop makan pape cuma last minum pukul 10 malam tu.

Tapi nak jadi cerita sekarang kan musim panas. Pukul 12 malam tu bantai minum air segelas terus. Lepas tu rasa emm..macam mana ni...nak cancel appointment dah mintak cuti pulak..ah pegi je la minum air gula sok..

Esoknya buat test tu. Yang best kali ni tak macam masa Ilman dulu. Dulu dapat air gula panas giler...sekarang dapat suam. Minum dua kali teguk...kira smooth je .takde pulak rasa pening nak pitam macam dulu...

Lepas minum air gula tu, sementara nak ambil darah kali kedua siap borak-borak dengan mommies lain dalam bilik nursing...okla kan kali ni walau tekak rasa kering sangat tak sabar nak selesai ujian tu.

Tiga hari lepas tu dapat call dari klinik. Ye...result 7.9...adeh...normal sampai 7.8.. sipi-sipi je..tak pasal-pasal kena buat BSP  nanti..

Uwaa...terkedu gak...tapi takpela...at least saya sedar diri sikit.. kot tak karang habis semua yang manis manis nak masuk mulut ni...

Kena jumpa dietitian dulu minggu ni. Kali ni pun best sebab KK ni dah ada dietitian. Dulu time Ilman kena pergi HTJ. Senang sikit a urusan kali ni..hihu


Sunday, March 20, 2016

Buat Buku Pink...

Dah pukul 4.15 pagi, gigih lagi ni nak update blog..

Ikutkan macam takde masa, tapi pikir balik, karang si kecik dalam perut ni dah besar, takut dia baca blog ni dan tanya, kenapa untuk abang Ilman ada catatan masa peknen, time dia takde?

Maka mummy pun buat la jugak label diari kehamilan ke-2 khas untuk si kecik ni. Baru le adil kan kan..

Sapa dah baca diari kehamilan Ilman dulu angkat tangan...huhu mesti korang tau kan saya pernah tulis Insya Allah tak nak jejak dah KK tu...ye...betul...serik sangat..

Tapi ni la yang dikatakan kita hanya mampu merancang...segan gak...tapi akhirnya terpaksa kembali ke sana..dulu bajet sempat la kot kumpul duit, bila peknen anak kedua plan nak gi checkup swasta...tapi dah dapat awal, tak sempat buat apa lagi....akhirnya mummy pergi je la check up kat sana balik...

Tapi kan...Alhamdulillah...kali ni keadaan lain. Tak tau la kan..tapi masa daftar ni, buat rutin checkup, dapat nurse yang sangat baik. Adoii...lega sangat hati. Syabas bete....macam ni baru la kita tak prejudis ek ngan staff gomen...best sangat...doc pun baik..

Yang best, toilet ngan makmal pun dah renovate. Selesa...syukur sangat-sangat...

Tapi ye la kan...giliran nurse ni bertukar-tukar...saya berharap sangat-sangat next checkup akan dapat yang baik-baik ni lagi...serik mak ngan nurse yang err..kerek laser huhuhu

Jadi kali ni, macam biasa Hb memang kurang la. Check 10.2 je. Normal Hb 11.0/ Tapi kali ni mummy relak skit sebab nurse ngan doc dah tau mummy ni pembawa Talasemia jenis Beta. Jadi memang normal Hb rendah. Cuma kena usaha jaga jangan turun rendah sangat la kan..

Next week kena buat ujian MGTT iaitu minum air gula. Riso sebab sekarang suka makan minum manis. Tapi berazam penuh gak tak nak kantoi macam dulu. 

Serik giler kena buat BSP sepanjang peknen Ilman dulu. Jadi kali ni biarla beberapa hari sebelum ujian ni sabar sikit jaga makan, asalkan tak payah buat BSP tu yang kena berulang 4 kali sehari gi cucuk, puasa, cucuk, puasa...huaaaa tak sanggup nak ulang lagi dah..

Tanda-tanda Kehamilan Anak Kedua

Erkkk...

Betul ke ni?

Ye kengkawan semua...betul...saya sedang peknen 3 bulan anak kedua...tak sangka ek...huhu...Ilman baru setahun sebulan...

Nak dapat Ilman dulu susah gak...jadi tu yang tak sangka kali ni..tapi memang saya tak makan pil perancang pun...bajet boleh kawal sendiri hehehe

Takpela...Alhamdulillah dah rezeki. Cuma memula dapat tau tu stress jugak atas sebab-sebab tertentu.Tapi takpe, Insya Allah keadaan akan jadi oke asalkan saya berusaha...chaiyokk!!!

Ni antara tanda-tanda sebelum saya confirm peknen...tapi ingat-ingat lupa laa..

- letih yang amat sangat...sangat sangat letih sampai saya cakap kat somi, apa kena dengan badan saya ni..tapi masa tu ingat mungkin sebab kerja, pastu tak cukup tidur maklum kita ada anak kecik yang umur belum setahun masa tu

- badan panas berbahang waktu bangun tidur...ye...ni memang tak dapat dilupakan. Rasa badan terbakar pun ye gak...gulp..

- selera makan tinggi

-bila Ilman nenen susu badan, ya ampun sakit pedih giler sangat sangat uwaaa...

Bila dah 4 hari tak datang period, buat pregnancy test, maka betullah tu. Sama gak la jalan cerita cam Ilman dulu.

Confirm je tau peknen, automatik selera makan hilang ntah ke mana. Ingat lagi yang boleh masuk dalam tekak masa tu ialah pisang goreng Cik Din kat taman ni, buah-buahan, fries Mcd ngan wedges kfc. tapi tu seminggu sekali je kot. Yang lain terutama nasi tidak sama sekali. Makan gak la skit-skit buat alas perut. Loya 24 jam. Memang seksa tul rasanya huuu

Yang masa besday Ilman tu, time tu baru dapat tau peknen, memang pandang je makanan. Sungguh takde selera...makan sikit je pun buat rasa.

Tapi sebenarnya sian sangat ngan budak dalam perut ni. Time Ilman dulu excited bagitau semua orang. Kali ni saya diam-diam je. Bagitau mak pun dah 2 bulan lebih. Bos 3 bulan baru bagitau tu pun terpaksa sebab nak gi klinik check up. Bayangkan dekat 3 bulan berahsia, buat kerja berat-berat. 

Takut penerimaan orang, maklum la baru tahun lepas bersalin, ni dah ada lagi...memang ada je yang sinis-sinis huhuhu, tapi Alhamdulillah ramai yang suka jugak. Ye la kan..tahun ni saya pun dah 36, pikir balik memang Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita kan...

Oo ye..lagi satu kali ni saya kena alahan bau yang kronik. Huahuahua...idung ni sensitif tahap maksimum...saya boleh mengamuk dengan bau-bau yang busuk..iaitu semestinya asap rokok somi...memang dia kena amuk je la ngan saya ni...oh derhaka sungguh diriku. Walaupun dia merokok kat luar umah, tapi skit skit asap yang masuk tu boleh buat darah saya mendidih...lum campur bau menda lain lagi...

Kalo kat opis tu, macam macam manusia datang, macam-macam bau, jadi keje saya dok tutup idung ngan tudung. Lantaklah,,,sembunyik balik komputer...hehehe

Yang sedihnya kali ni saya macam tak jaga diri sangat. Entah la ek, dah ada anak sorang ni, yang masih kecik lagi, masih menyusu badan walaupun minum susu tepung gak, kita pun mana la dapat berehat. Angkat barang, ke hulu ke hilir...tido diulangi memang tak la. Sehari 2-3 jam je kot.

Kul 10 Ilman tido, saya pun tido gak. Kul 1 pagi bangun tukar pampers n buat susu dia. Pastu x dapat tido sebab kekadang time ni la nak lipat baju, masak air, bla bla..kul 4 pagi nenen susu badan kat Iman. Tu kalo takde order coklat la...kuk dapat order lagi kalut hahaha...Masa peknen anak pertama dulu, boleh la baring, rehat, berangan, jenguk sana sini blog orang, Kali ni takdenya.

Makan pun tak jaga. Oo ye, lagi satu memula dulu lagi satu yang saya boleh makan ialah megi Tomyam. Tu yang rasa selera sebab masam-masam. Brand maggi je. Mi segera lain memang tak sedap. Tomyam masak biasa pun tak lalu. Tu yang sedih bila ingat-ingat balik, ishh kesian la budak kecik ni, mummuy dok bantai megi je.

Ni baru la jaga makan balik. Tu pun masih x dapat elak makan benda manis. Riso gak ni...tapi Insya Allah sekarang mental ni dah beransur tenang, saya akan berusaha yang terbaik untuk kesihatan baby ni. Korang doakan gak ye semuanya selamat..=)