Saturday, December 5, 2015

Bersihkan Rezeki Agar Berkat


Rezeki sedikit atau banyak, yang penting adalah keberkatannya. Ada yang dapat rezeki banyak tetapi sentiasa tidak cukup dan tidak puas hati. Ada pula yang dapat rezeki sedikit tetapi memadai malahan dapat menyimpan. 

Mereka yang memahami konsep keberkatan tidak akan merungut walaupun rezekinya tidak melimpah ruah sebaliknya berlapang dada dengan apa yang ada. Dalam masa yang sama berusaha untuk menambah rezeki itu dengan cara yang halal.

Cara-cara membersihkan rezeki untuk mendapat keberkatannya:

SEDEKAH
Ini adalah salah satu cara membersihkan rezeki yang diterima setiap bulan. Ringankan tangan menghulurkan sedekah. Dengan cara ini rezeki yang diperoleh itu sentiasa mencukupi malahan dapat menyimpan walaupun pendapatan tidak selumayan orang lain.

IBU BAPA
Jangan berkira untuk hulurkan wang saku pada ibu ayah setiap bulan. Ingat dan percayalah, mereka yang sentiasa berbuat baik terhadap kedua orang tuanya akan sentiasa mendapat redha Allah SWT. Usah berkira dengan ibu dan ayah.

SENANGKAN URUSAN ORANG
Ketika kita senangkan urusan orang lain, Allah akan membantu memudahkan segala urusan kita pula. Jangan berat tulang menolong dan meringankan bebanan orang lain kerana di situ juga akan mendatangkan keberkatan pada rezeki yang diperoleh

TAAT PADA ALLAH
Mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Jaga ibadah asas.

MULIAKAN ANAK YATIM
Dalam setiap rezeki yang diperoleh, ada hak orang lain. Jadi berikan pada yang benar-benar memerlukan. Sentiasa muliakan anak yatim dan bantu mereka. Sebenarnya lagi banyak kita memberi , Allah akan lipat gandakan rezeki kita.

LAKUKAN HAJI DAN UMRAH
Akhir sekali, sekiranya sudah berkemampuan dan sihat tubuh badan, lakukanlah haji dan umrah. Ziarah tempat-tempat suci di Madinah dan Mekah pasti akan membuatkan hati bertambah tenang. Dengan rezeki yang halal pasti akan memberikan ketenangan dalam hidup.