Showing posts with label Tips/Petua/Info. Show all posts
Showing posts with label Tips/Petua/Info. Show all posts

Saturday, December 5, 2015

Bersihkan Rezeki Agar Berkat


Rezeki sedikit atau banyak, yang penting adalah keberkatannya. Ada yang dapat rezeki banyak tetapi sentiasa tidak cukup dan tidak puas hati. Ada pula yang dapat rezeki sedikit tetapi memadai malahan dapat menyimpan. 

Mereka yang memahami konsep keberkatan tidak akan merungut walaupun rezekinya tidak melimpah ruah sebaliknya berlapang dada dengan apa yang ada. Dalam masa yang sama berusaha untuk menambah rezeki itu dengan cara yang halal.

Cara-cara membersihkan rezeki untuk mendapat keberkatannya:

SEDEKAH
Ini adalah salah satu cara membersihkan rezeki yang diterima setiap bulan. Ringankan tangan menghulurkan sedekah. Dengan cara ini rezeki yang diperoleh itu sentiasa mencukupi malahan dapat menyimpan walaupun pendapatan tidak selumayan orang lain.

IBU BAPA
Jangan berkira untuk hulurkan wang saku pada ibu ayah setiap bulan. Ingat dan percayalah, mereka yang sentiasa berbuat baik terhadap kedua orang tuanya akan sentiasa mendapat redha Allah SWT. Usah berkira dengan ibu dan ayah.

SENANGKAN URUSAN ORANG
Ketika kita senangkan urusan orang lain, Allah akan membantu memudahkan segala urusan kita pula. Jangan berat tulang menolong dan meringankan bebanan orang lain kerana di situ juga akan mendatangkan keberkatan pada rezeki yang diperoleh

TAAT PADA ALLAH
Mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Jaga ibadah asas.

MULIAKAN ANAK YATIM
Dalam setiap rezeki yang diperoleh, ada hak orang lain. Jadi berikan pada yang benar-benar memerlukan. Sentiasa muliakan anak yatim dan bantu mereka. Sebenarnya lagi banyak kita memberi , Allah akan lipat gandakan rezeki kita.

LAKUKAN HAJI DAN UMRAH
Akhir sekali, sekiranya sudah berkemampuan dan sihat tubuh badan, lakukanlah haji dan umrah. Ziarah tempat-tempat suci di Madinah dan Mekah pasti akan membuatkan hati bertambah tenang. Dengan rezeki yang halal pasti akan memberikan ketenangan dalam hidup.



Thursday, August 13, 2015

Hari Belanja Sifar

Image result for saving tin


Dah lama saya praktikkan kaedah ni...salah satu cara untuk saya jimat duit.

Apa benda hari belanja sifar ni? Public holiday ke? Heheh....tak lah...Ni saya sendiri saja-saja letak nama ni. Khusus untuk hari di mana saya tak keluar duit satu sen pun.

Eh biar betul? Boleh hidup ke macam tu? Bolehhh....apa tak bolehnya...

Caranya ialah...

Dalam seminggu ada 5 hari bekerja. Saya akan peruntukkan dalam 2 hari untuk tak belanja apa-apa. Biasa cabarannya ialah bab makan. Jadi saya akan pastikan bawa bekal untuk lunch. Sarapan siap-siap kat rumah. 

Bawa air dari rumah ye. Comel apa bawa air dalam bekas  macam dulu dulu bawa gi sekolah tu. Tak payah beli air mineral kat luar.

Kalau kawan-kawan malas nak bawak bekal, puasa je terus. Puasa ganti ke, puasa sunat Isnin Khamis ke. Janji tak payah keluar duit untuk makan.

Beli topup, isi petrol kereta, beli apa-apa barang pastikan dilakukan hari sebelumnya. Sebab kalau dah singgah kedai walaupun beli topup, dikhuatiri akan terbeli benda lain jugak. Jadi hehe tak menjadi la pulak belanja sifarnya..

Tapi...jangan le sampai tak bawa duit dalam purse pulak...hoho...pastikan ada bawa duit sikit dan kad ATM untuk apa-apa emergency. 

Berkesan ke cara ni? Yup...satu kali makan tengahari purata RM5. Dalam seminggu dapat jimat RM10.
Sebulan jimat RM40.

Bagi saya banyak RM40 tu... =)




Wednesday, April 1, 2015

Sembelit Selepas Bersalin

Heheh tak sangka menda ni jadi padaku...sebelum ni dok baca pengalaman orang lain je...malu i...tapi i tau ramai yang terkena menda ni...so nak share je kot2 boleh tolong korang..

Dipendekkan cite, saya pun tak terkecuali mengalami sembelit lepas bersalin. Memang sakit dan seksa. Padahal minum air punya la banyak siap makan sayur semangkuk besar hari-hari. Makan prun, makan nestum dan tak makan nasik. Tak jalan jugak. Kesudahannya kena buasir. Huhu. Lengkap gitu. 

Masa tu (dalam pantang), kalau tak makan ubat (ubat doktor dan ada jugak ubat beli kat farmasi) memang tak boleh ke toilet. Itu pun dah makan ubat pun sejam dua jugak dalam toilet. Dengan luka tak elok lagi. Luka jahit ni pun 3 minggu lebih baru sembuh. Mungkin sebab banyak berjalan dan lasak kot masa baby sakit ri tu. Masuk minggu kedua masih sakit gile lagi walaupun dah makan ikan haruan, saya terus beli pati haruan dalam botol tu pulak. 

Untuk sembelit tu, saya minum yakult hari-hari untuk betulkan balik bowel movement tu. Yakult memang terbaik lah...Lepas sehari dua minum terus dah ada 'rasa' nak ke toilet. Yang mana sebelum ni kalo saya tak makan ubat memang tak le jawabnya. So sekarang memang dah oke dah. Walaupun start minum lepas pantang 44 hari tu, tapi sebab still takut nak minum ais, saya keluarkan yakult tu dari peti sejuk, dalam setengah jam bila dah kurang sejuknya baru minum...

Then makan betik hari-hari jugak untuk 'lembutkan'. Makan le separuh atau lebih afdal sebijik terus hari-hari. Hahaha. Sebab kalo nak rawat buasir kena elakkan sembelit dan teran ni. Kalo sampai ke sudah dok teran je memang tak kan elok le buasir tu. 

Untuk buasir tu, cari manjakani. Saya beli kat mydin je bahagian rempah/pulut/tepung yg dalam bekas besar2 tu. Sekilo RM70. Wuii mahal ek. Takdela nak beli sekilo pun. Beli 5 biji camtu baru RM3 lebih je..Kisar/tumbuk sampai jadi serbuk. Campur air sikit jadi macam pes dan letak kat buasir tu. Ni pun saya dapat tips ni dari sorang blogger. Saya buat 3 kali je pasal pedih dan malas. Hehehe. Pastu dah kecut dah.

So dah ok dah. Dan hepi balik. Serius weii...memang sakit dan effect life kalo kena menda ni. Stress giler. So rawat cepat2. Tapi yang sebenarnya elok le mencegah dari merawat. Saya pun sebab tak kuasa dah nak telan ubat, ye la sampai bila kan nak berterusan macam tu...so yakult ngan betik ni kira inisiatif sendiri je. Nasib baik menjadi...




Sunday, September 21, 2014

Keunikan Solat

      Kajian menunjukkan warna biru muda ketika subuh mempengaruhi kelenjar tiroid dan memberikan kekuatan pada kelenjar ini dan jika ia lemah, kita akan menghadapi masalah kehausan sepanjang hari.

     Spektrum biru muda semasa Subuh bersamaan dengan frekuensi kelenjar tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme manusia, Warna subuh mempunyai rahsia berkaitan komunikasi, penawar, penyembuhan dan rezeki.

          Memasuki wakthu Dhuha, alam berubah warna kepada hijau dan kemudian kuning menjelang Zuhur. Warna ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan penghadaman dan pencernaan.

       Mengurangkan makan pada waktu ini amalan terbaik untuk menjaga supaya pemikiran lebih cergas, tajam dan peka.

      Waktu Asar pula lebih kepada oren iaitu rahsia kreativiti dan waktu ini amat sesuai untuk beriadah kerana tenaga Asar diperlukan oleh organ reproduktif. Tidur semasa Asar, menyebabkan turunnya daya kreativiti dan kesuburan dan berisiko mandul.

        Waktu Maghrib di mana alam berubah menjadi kemerahan adalah waktu berada di rumah kerana resonansinya sama dengan jin dan syaitan. Rahsia warna merah pada Maghrib berkaitan dengan keyakinan, otot, saraf dan tulang.

       Semasa waktu Isyak, alam berubah menjadi biru nila dan memasuki fasa gelap yang menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya sama dengan sistem kawalan otak.


Posisi Tidur Yang Salah Ketika Hamil Ancam Keselamatan Bayi

      Mencari posisi tidur yang selesa ketika sarat mengandung sudah tentu menjadi masalah. Sudah tentu juga ketidakselesaan ini berkait dengan kedudukan bayi.

Hakikatnya, ramai ibu hamil tidak menyedari bahawa posisi tidur yang salah boleh mengancam keselamatan bayi dalam rahim. Ini kerana apabila rahim semakin mebesar, ia mengambil ruang abdomen yang sudah pasti mengganggu pernafasan, penghadaman, kelancaran membuang air besar dan air kecil dan mungkin memperlahankan peredaran darah. 

Dalam hal ini ibu hamil harus tahu posisi tidur yang terbaik untuk diri dan juga bayi. Selain itu mereka juga harus menghindari posisi tidur yang mungkin menjejaskan keselamatan bayi.

TERLENTANG

Diibaratkan seperti seguni beras yang mempunyai berat 2 hingga 3 kg diletakkan di bahagian abdomen, tentu rasa senak dan sukar bernafas jika ibu hamil tidur dalam posisi terlentang.

Posisi terlentang juga akan menyebabkan rahim memberikan tekanan fizikal pada saluran darah besar dan menghalang peredaran darah ke jantung. Ini mengganggu bakalan oksigen dan nutrien pada bayi dalam rahim.

MENGIRING

Ini posisi terbaik untuk wanita hamil tidur. Mereka boleh mengiring ke sebelah kanan atau kiri. Namun sebaiknya mengiring ke sebelah kanan kerana ia lebih menepati sunnah Rasulullah S.A.W.

Tidur mengiring tidak mengganggu peredaran darah dan akan menyebabkan lebih banyak nutrien dan oksigen dihantar pada bayi dalam rahim. Selain dari mengiring, lipatkan paha dan lutut seperti posisi bayi dan letakkan bantal diantara kedua-dua paha.

Bagi ibu hamil yang mengalami sakit belakang, bantal boleh diletakkan di bawah perut di sebelah belakang. Bagi mengurangkan rasa loya dan muntah akibat reflux gastritis boleh juga tinggikan bahagian dada dengan bantal.

MENIARAP

Sudah tentu apabila semakin abdomen membesar sukar untuk tidur meniarap. Tetapi tabiat ini juga harus dihentikan ketika awal kehamilan.

Banyak kajian menunjukkan risiko untuk bayi mati dalam rahim bagi wanita hamil yang tidur mengiring adalah rendah berbanding dengan wanita hamil yang tidur dalam posisi lain.

Kesan posisi meniarap atau terlentang menyebabkan darah yang membawa oksigen dan nutrien tidak sampai kepada bayi dalam rahim dan menyebabkan kematian dalam rahim. Jadi berhati-hatilah ketika memilih posisi untuk tidur ketika hamil.

Wednesday, April 16, 2014

Air Belalai Gajah

uturn-ssg-plus2

Sakit...bengkak kelenjar bahagian peha...dah hampir 4 bulan...

Memang sakit...baru awal tahun dah asyik mc je...badan tak tentu rasa..lemah...letih...

Mula-mula first sakit ni, jumpa doktor, dia bagi ubat paling kuat untuk susut bengkak..suntik dan ubat makan...

Tapi bengkak naik balik..

Tapi ..sekarang tak jumpa doktor dah..cuba usaha cara lain...

Sekarang minum air daun belalai gajah ni...UTURN SSG PLUS DRINK. Hasilnya Alhamdulillah bengkak bahagian kiri dah hilang...tinggal yang kanan je..

Daun belalai gajah ni memang khasiatnya tinggi. Dikenali juga sebagai Sabah Snake Grass (SSG)  dan telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.

Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.

Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti ini merupakan langkah alternatif yang baik.

Boleh tengok laman web produk ni  di http://www.youdunchao.com untuk pembelian dan jugak testimoni dari ramai pengguna lain.





Thursday, March 20, 2014

Bedak Harum Nasila


Rasa-rasa dah dekat 10 tahun pakai bedak ni. Kulit muka saya dulu memang berjerawat teruk. Teruk sangat sangat...sampai muka ni penuh parut pasal picit jerawat..

Pas tu, saya start pakai bedak ni. Sebab tak boleh pakai bedak lain. Tak leh pakai mekap pun. Kulit sensitif. Penah ngengada pakai blusher, tadaa...jerawat naik balik..

Pakai bedak ni, muka oke la balik. Tak la hilang terus jerawat ni, tapi terkawal la. At least dia muncul time stress atau salah makan (makan udang) atau time PMS je...

Kira oke la kan, tak le macam dulu sepanjang masa je muka berjerawat..

Hehe...jadinya saya memang tak pakai mekap. Elok gak, jimat masa. Kalau nak gi mana-mana, just pakai pelembap, pas tu pakai bedak ni. Pakai lipstick. Dah siap.. :)

 Harga bedak ni pun cuma RM5.90 je. Ada jual kat kedai-kedai jamu..

Untuk parut jerawat tu, dulu saya sapu lendir lidah buaya (aloe vera)...

Kat umah ada tanam pokoknya, so saya patahkan daunnya, biarkan dalam sejam dua bagi lendir kuning yang busuk tu abis keluar, pas tu baru basuh nak hilangkan pasir-pasir yang melekat.

Dan dengan gigihnya lendir aloe vera tu saya sapu kat muka yang bersih sekerap yang mungkin siang atau malam. Tu le yang saya amalkan dalam setahun lebih...huhu sampaila muka yang berlubang-lubang ni pulih balik...

Masa tu memang tak mampu nak beli kolagen ke, krim kat farmasi ke...jadi amal je petua ni...

Ada gak kadang-kadang saya sapu lendir aloe vera ni kat rambut, nak sihatkan rambut. Lagipun rasa sejuk je kepala  :)

Wednesday, March 12, 2014

Mana Nak Cari Jodoh..


Sambungan dari entri sebelum ni (doa dipermudahkan jodoh)

Pemalu dengan lelaki...

berat mulut merangkap pendiam dengan orang yang tak kenal...

takut nak ke mana-mana dengan bebas sebab bimbang keselamatan diri..
.
tak ada masa nak keluar sebab sibuk dengan kerja...

tempat kerja takde calon yang berpotensi...suami orang..

rasa rendah diri..rasa diri tak cantik...

dan orang kampung, sedara dan friend yang mulut laser pun tak sudah-sudah la amik peluang sakitkan hati kita...

okeh...itu semua adalah me...ye...itulah situasinya dulu..jadi me paham sesangat situasi kengkawan sume yang masih mencari pasangan hidup..

so apa lagi kengkawan...guna le internet...tersangat ramai yg jumpa jodoh di alam maya ni...facebook,twitter,chatting...

me lak guna laman web untuk cari jodoh. Jumpa suami kat www.jodoh.we.my

Syukur jumpa suami yang ada semua ciri-ciri yang me nak. 

Suami pun ada suh kawan daftar laman web tu. Dia pun berjaya jumpa jodohnya. Dua bulan lepas, kitorang dapat undangan perkahwinan dia.. Alhamdulillah...




Thursday, March 6, 2014

Jangan Makan Bersulam Air


Mungkin ada yang terbiasa makan dengan diselangi minum air untuk tidak tercekik atau tersedak. Sebenarnya, makan bersulamkan air boleh memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman dan meningkatkan insulin dengan cepat. Bukan sahaja masalah kesihatan, tetapi juga membuatkan lemak menimbun dengan cepat. Sebaiknya minum air sebelum atau selepas makan.

Sunday, March 2, 2014

Wajah Hampir Sama-Adakah Dia Jodohku?


Ramai yang percaya bahawa pasangan yang mempunyai wajah hampir sama bermaksud memang jodoh. Betul ke? Tapi jodoh itu rahsia Allah, mana mungkin ditebak begitu.

Bagaimanapun terdapat kajian yang membuktikan bahawa manusia cenderung menyukai orang yang memiliki persamaan dengan diri mereka. Baik persamaan fizikal, hobi mahupun bakat. Bahkan ada kajian lain mengatakan tanpa sedar, manusia cenderung menyukai orang yang mempunyai DNA mirip dengan DNA sendiri.

Namun, persamaan wajah tidak menjadi petanda bahawa anda berjodoh dengan orang yang mirip wajah anda. Anda dan pasangan mungkin tidak memiliki persamaan fizikal namun ada persamaan lain yang membuat anda dan pasangan saling jatuh cinta.

Contohnya jika anda gemar membaca buku dan memiliki pengetahuan yang luas, anda akan cenderung meminati lelaki yang mempunyai minat sama dengan anda. Sebabnya anda dan dirinya akan mempunyai pemikiran yang sama dan boleh mengimbangi satu sama lain.

Selain itu ada satu lagi kajian menarik tentang persamaan wajah ini yang telah dilakukan. Pengkaji ini menganalisis gambar pasangan berkahwin 25 tahun lalu. Meski raut wajah berbeza ketika baru mendirikan rumahtangga, namun seiring masa, wajah mereka memperlihatkan persamaan terutama apabila mereka hidup bahagia.

Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji dalam hal ini adalah, pasangan yang makin tua tampak mirip kerana mereka mempunyai contact yang dekat dan meniru ekspresi wajah pasangan masing-masing. Contohnya jika pasangan banyak tertawa, dia juga mungkin akan mengembangkan garis ketawa di bahagian mulutnya dan begitu juga dengan pasangannya.

Sunday, February 23, 2014

Perbezaan Mencuci Dan Memutihkan Gigi



Tanggapan biasa ialah mencuci gigi boleh menjadikannya kelihatan putih selepas itu. Sebenarnya mencuci gigi (scalling) berperanan untuk membuang karang, plak, karat dan menghilangkan bau mulut yang tidak menyenangkan.

Jika mahu mendapat gigi yang putih, kaedah yang perlu dilakukan ialah pemutihan (whitening). Rawatan ini tidak menghakis gigi tetapi anda akan terasa ngilu untuk beberapa hari atau beberapa minggu. Ini kerana gigi agak sensitif. Rujuklah terlebih dahulu dengan doktor gigi anda.

When Life Gives You Lemon....


There's plenty you can do, especially at home.Try these for starters.

A Lemon A Day Keeps The Bugs Away
Limonene, a component found in lemons, kills bugs instantaneously by destroying the coat of wax on their respiratory system. So leave a lemon juice or pulp around your home for a bug free environment.

Shine Bright Like Bronze
Lemon helps your bronze-plated items shine bright like they should. The next time you clean your bronze goods, mix a little bit of vinegar to a cup of lemon juice and use as a detergent.

Water-Stain Remover
Take a look at your chrome-plated tap or shower pipe. See any discolouring? Bingo- that's water stain. To get rid of these unsightly stains, squeeze a little bit of lemon juice on a sponge and add salt to it as well. Use the sponge to rub against the surface that needs cleaning.

Keep The Ink Out
Got ink on your white blouse? Don't worry- just squeeze a little bit of lemon juice, rub over the stain, and your top will be ink free!

Saturday, February 22, 2014

Jangan Bicara Topik Ini Dengan Lelaki


Tak semua perkara boleh dibicarakan dengan lelaki...ada isu yang cukup pantang bagi mereka. Elakkan membicarakan perkara ini dengan pasangan.

1) Bandingkan dirinya
Jangan sesekali membandingkan dirinya dengan orang lain. Terutamanya kalau dibandingkan dengan bekas teman lelaki pasangan. Kalau ada apa-apa yang tak puas hati dengan sikapnya,slow talk baik-baik bukan membanding-bandingkan.

2) Cerita tentang lelaki lain
Lelaki tidak suka andai pasangan bercerita soal lelaki lain. Terutama jika wanita kesayangannya memuji dan menyatakan minat kepada lelaki tersebut walaupun mungkin sekadar penampilan. So, jangan cabar ego lelaki dengan bercerita soal lelaki lain kepadanya.

3) Mengadu soal sikap ibu atau ahli keluarga
Sebagaimana kita rasa marah andai keburukan ahli keluarga terutama si ibu dipersoalkan, begitu juga dengan lelaki. Mereka paling tidak suka sikap negatif ibunya diperkatakan. Terutama jika si lelaki itu jenis anak emak.

4) Mendesak
Lelaki paling tidak suka wanita terus menerus mendesaknya dalam banyak hal. Juga elakkan menidakkan apa yang diperkatakannya. Kalau tak setuju,suarakan pendapat atau kerisauan kita dengan baik dan beri sebab yang munasabah.

Artikel ni me amik dari Mingguan Wanita. So kesimpulannya kengkawan, ini bukan cobaan....ini betul-betul!!!!! huhuhu Smiley

Friday, February 14, 2014

Mencari Keberkatan Rezeki

Artikel dari : Utusan




Perkara penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita peroleh  tetapi sebaliknya, ada atau tidak keberkatan di dalam rezeki itu.
Rezeki melimpah ruah tidak sama konsepnya dengan rezeki yang halal dan berkat.
 Ada orang mempunyai rezeki yang banyak tetapi sayangnya di dalamnya tidak 
terdapat unsur keberkatan.Di dalam Islam, keberkatan rezeki yang diinginkan 
adalah bermaksud rezeki yang bertambah dan mengandungi kebaikan di dalamnya.
 Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa cara agar rezeki menjadi lancar,
 berkat dan halal. Antaranya;
1 Menjauhi pekerjaan haram dan subahat
Setiap orang hendaklah taat kepada Allah SWT dan tidak melakukan dosa kerana 
dosa akan menutup pintu rezeki. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan seorang 
lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (riwayat at-Tirmizi).
Selain itu, dekatkanlah diri kepada Allah dengan ibadah tambahan seperti solat 
Dhuha dan solat Tahajud.
2 Bekerja sungguh-sungguh
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT senang melihat 
hambaNya bersusah payah (kelelahan) dalam mencari rezeki yang halal."
(riwayat Adailami)
3 Mengadu masalah rezeki hanya kepada-Nya
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa tertimpa kemiskinan, kemudian
 ia mengadukannya kepada sesama manusia, maka tidak akan tertutup
 kemiskinannya itu. Namun, siapa sahaja yang mengadukannya kepada Allah, 
maka Allah akan memberinya rezeki, baik segera ataupun lambat." 
(riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
4 Memperbanyakkan beristighfar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa
 memperbanyak istighfar, Maka Allah SWT akan menjadikan setiap kesulitan
 kelapangan dan setiap kesempitan jalan keluar dan Allah akan memberinya 
rezeki dari jalan yang tidak pernah disangka-sangkanya." (riwayat Imam Ahmad)
5 Sabar dan banyak membaca la hawla wa laa quwwata illa billah.
Diriwayatkan bahawa Salim, anak laki-laki ‘Auf bin Malik alAsyja’iy telah
 ditawan oleh orang musyrik. Kemudian, ‘Auf datang mengadu 
kesedihannya kepada Rasulullah.
Baginda SAW berkata: “Bertakwalah kepada Allah, bersabarlah dan aku 
anjurkan agar kamu dan isterimu memperbanyak bacaan, 
La hawlah wa laa quwwata illa billah. 
‘Auf kembali ke rumahnya dan menyatakan suruhan Rasulullah SAW itu. 
Keduanya,segera melaksanakan perintah Rasulullah SAW. Akhirnya, anaknya berhasil meloloskan diri daripada musuh dan membawa ternakan kambingnya 
sebanyak 4,000 ekor di  hadapan ayahnya.
 (Tafsir Qurthubi, surah al-Thalaq: 3)
6 Tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Jika kamu bertawakal kepada Allah 
dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu,
 sebagaimana Allah telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat
 di pagi hari dengan perut kosong dan kembali ke sarangnya dengan perut 
 kenyang. (riwayat Bukhari)
7 Bersedekah dan nafkahkan harta kepada yang berhak.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ada tiga hal yang aku bersumpah kepadanya 
dan aku akan menyampaikan suatu berita kepadamu, maka perhatikan benar-benar: Tidak akan berkurang harta seseorang kerana sedekah dan tiadalah 
seseorang membuka pintu  meminta-minta melainkan Allah akan membukakan
 kepadanya pintu kemiskinan." (riwayat al-Tirmizi)
8 Tolong agama Allah dengan menegakkan syariat Islam
Firman Allah SWT bermaksud: Hai orang- orang mukmin, jika kamu 
menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
 kedudukanmu.(Muhammad: 7)

Thursday, February 6, 2014

Adab Ketika Makan dan Minum


Antaranya;
1) Memulakan makan dan minum dengan lafaz Bismillah.
 Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang kamu makan, maka
 hendaklah menyebut  nama Allah, jika seseorang itu lupa untuk menyebut nama Allah
 apabila telah mula makan, hendaklah dibaca‘dengan nama Allah pada permulaan dan 
juga akhirnya. (riwayat Muslim)

2) Mengakhiri makan dan minum dengan mengucapkan Alhamdulillah. 
Ini menandakan seseorang itu bersyukur dengan limpah kurnia rezeki yang diberikan 
Allah SWT, di samping bersyukur kerana Allah SWT masih memberikan selera dan 
keinginan untuk kita menikmati rezeki daripada-Nya.

3)Menggunakan tangan kanan ketika makan,tidak gelojoh menyuap makanan,
mengecilkan suapan serta mengunyah dengan baik supaya tidak menyakitkan
 halkum. 
Mulakan dengan mengambil makanan yang hampir dengan kita.Kegelojohan ketika 
makan amat bertentangan dengan naluri kesopanan manusia, ini kerana makan dan 
minum turut dianggap ibadat di sisi agama.
Rasulullah SAW bersabda: Wahai Umar, Ibnu Salamah, ucapkanlah Bismillah dan 
makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dengan apa yang ada di sekeliling
 kamu (yang hampir).(riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Membersihkan sisa makanan yang melekat di jari terlebih dahulu sebelum 
tangan dibersihkan.
Islam menghendaki sisa-sisa makanan dihabiskan dengan mengulum atau menjilat jari
 kerana perbuatan membasuh tangan yang masih melekat dengan makanan adalah
 suatu penghinaan kepada rezeki Allah itu sendiri.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu makan, maka 
janganlah kamu menyapu jari-jari tangan kamu sehingga kamu mengulum terlebih
 dahulu (supaya sisa-sisa makanan benar-benar bersih terlebih dahulu).

5) Memungut semula makanan yanterjatuh. 
Bersihkan dan bolehlah dimakan dan janganlah dibuang dengan sewenang-wenangnya. Tindakan membuang terus makanan adalah bermakna menyediakan 
makanan untuk syaitan. Rasulullah SAW bersabda: Apabila terjatuh sesuap makanan 
seseorang kamu, maka hendaklah dikutipnya, dibersihkan kekotorannya dan makanlah 
dan jangan dibiarkannya untuk syaitan. (riwayat Muslim)

6) Janganlah meniup makanan yang panas, tunggu sehingga makanan 
atau minuman itu sejuk. 
Begitu juga ketika minum, janganlah bernafas sambil meminum air. 
Daripada Ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Nabi Muhammad 
menegah dari bernafas di dalam bejana (bekas air) atau meniup ke dalamnya."

7) Menjauhkan diri daripada terlalu kenyang. 
Biarpun tidak dinafikan bahawa kerana laparlah kita makan, tetapi kekenyangan yang 
diperlukan biarlah munasabah dan sederhana. Rasulullah SAW bersabda yang 
bermaksud: Tidak seharusnya seseorang anak Adam itu memenuhi punca kejahatan 
dari perutnya.Memadailah dengan beberapa suapan yang dapat memelihara perutnya.
 Jika ini sukar dilakukan hendaklah sepertiga dari perutnya diisi dengan makanan, 
sepertiga lagi dengan minuman dan sepertiga lagi untuk pernafasan.
 (riwayat Bukhari dan Muslim)

8)Untuk mengedarkan makanan atau minuman di dalam majlis jamuan 
hendaklah diedarkan kepada tetamu yang lebih tua umurnya.
 Suatu ketika dalam suatu majlis jamuan yang dihadiri Baginda Rasulullah, ketika itu 
duduk di kiri Baginda ialah seorang yang lebih tua umurnya, manakala di sebelah 
kanan pula ialah Ibnu Abbas. Maka ketika makanan diedarkan Ibnu Abbas memohon 
izin Baginda supaya didahulukan hidangan itu kepada orang tua yang duduk di 
sebelah kiri Baginda dan tidak kepada Baginda.

9)Bersama yang lain yang sehidang dengannya memulakan makan, 
tidaklah seseorang itu tergesa-gesa menyuapnya, sedangkan yang lain masih 
belum bersedia.

10)Setelah hidangan siap diatur dengan sempurna, jemputlah yang hadir 
untuk menikmatinya dengan bahasa yang lembut dan beradab. Tidaklah dengan 
bahasa yang kasar, menyindir atau dengan suara yang kasar

11)Islam juga memberi perhatian supaya dapat diseimbangkan makanan 
dengan sahabat yang ada bersama ketika makan. 
Ini bermakna bukanlah makan dengan tergesa-gesa melebihi daripada sahabat 
yang lain. Apa lagi sekiranya makanan yang dihidangkan dalam saiz yang terhad.

12) Tidak mengambil kesempatan memerhatikan orang lain sewaktu makan
Perbuatan ini boleh mengundang rasa malu atau boleh mengganggu tumpuan orang
 lain terhadap makanan.

13) Tidak melakukan sebarang perbuatan buruk dan keji ketika makan, 
sama ada dengan kata-kata atau perlakuan. 
Elakkan menumpahkan makanan dari makanan yang diambil tertumpah di sana-sini atau sebarang suapan ke mulut turut mengenai orang lain. Dilarang juga
berbual-bual dengan kuat ketika makan, apatah lagi ketawa berdekah-dekah yang
 boleh menganggu tumpuan orang lain yang sedang makan.

14) Makan secara berjemaah 
adalah amat dituntut agama, lebih-lebih lagi jika dapat sehidangan dengan mereka 
yang kurang berkemampuan atau golongan fakir miskin.

Sunday, February 2, 2014

Petua Masakan

  • Mematikan Ikan Keli
Mematikan ikan keli dengan cara mengetuknya menyebabkan isi ikan itu rosak. Cara yang paling mudah, masukkan secamca besar garam ke dalam bekas ikan keli dan biarkan lebih kurang 15 minit. Ikan itu akan mati.

  • Hilangkan Kesan Bau Papan Pemotong 
Ambil sebiji limau nipis dan dipotong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong.

  • Hindari Bau Busuk Kulit Udang
Siramkan kulit udang dengan air panas. Kemudian bungkus dan masukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan lalat dari menghinggapinya.

  • Telur Ikan Tidak Pecah
Masukkan telur ikan ke dalam plastik. Rebus lebih kurang 5 minit. Keluarkan dari plastik dan masak seperti biasa.

  • Mudah Mengopek Kerang
Campurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan.

  • Merasa Masakan Di Bulan Puasa
Ketika puasa sukar menentukan rasa garam atau gula

a) Letakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan. Sekiranya didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna sudah cukup rasanya.

b) Letakkan setitik kuah di atas jari tangan. Sekiranya kuah tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.

  • Mengelakkan Telur Rebus Pecah
a) Didihkan terlebih dahulu air dengan garam. Kemudian masukkan telur ke dalam air.

b) Masukkan telur ke dalam plastik yang berlubang atau bekas plastik yang berlubang sebelum memasukkan bekas atau plastik itu ke dalam periuk.

  • Hilangkan Hanyir Ikan Sungai
a) Siang ikan dahulu dan rendamkan ke dalam air garam selama 15 minit. Gunakan garam kasar. Kemudian cuci dengan air bersih.

b) Gaul ikan dengan sedikit tepung gandum,asam jawa dan garam. Biarkan sekejap dan cuci menggunakan air biasa.