02/09/2014
Hari yang bersejarah. Pasal hari ni buat BSP sekali dengan pemeriksaan rutin. Beberapa hari sebelumnya memang riso dan stress sangat. Dah agak mesti penat gila sebab tak cuti pas tu banyak kali nak cucuk.
7.40pg-sampai KK orang dah ramai. Sabar sementara tunggu giliran. Badan dah layu pasal puasa dari kul 10 malam tadi. Dalam hati rasa macam bakal kantoi je check Hb nanti. Sebab badan yang tak bermaya dari 2-3 hari lepas dah jelas tunjukkan something wrong.
Pukul 8.45pg baru sampai giliran. BP ok. Timbang berat naik jadi 40.8kg. Tak oke. Sikit sangat naik. Urin ok. Then cucuk kat lengan untuk check Hb sekali dengan check gula untuk kali pertama hari tu. Gula on the spot dapat tau. Bacaan 4.5. Selamat.
Then duduk dulu sementara tunggu keputusan Hb. Cepat2 sarapan. Makan roti gandum sapu peanut butter 2 keping. Pastu togok air tak hingat. Haus...tak dulik dah orang keliling...then sambung puasa untuk 2 jam lagi...
Yup...dah dapat keputusan Hb. Maka pergilah mengadap nurse. Check perut. Katanya perut kecik sangat. Tak macam 18 minggu. Sedih wooo. Pastu check heartbeat baby. 158/minit.
Pastu dengar ceramah nurse pasal Hb tak naik2. Memang saya terkejut sangat. Naik 0.1 je. Last month 9.5, sekarang 9.6. Maknanya masih anemia. Huaaa....patut la badan rasa makin teruk sekarang. Padahal makan vitamin vitalea shaklee tu...punya la mahal...tak jalan jugak...
Minum ribena hari2 (ni petua hasil menggoogle) hampir setiap masa pun tak naik jugak. Tapi rasanya memang salah sendiri. Mula2 dapat tau anemia ri tu hari2 makan jambu batu ngan pil iron KK bagi. Bila dah tak dapat buat keje pasal loya teruk dan migrain makan pil tu, itu yg tukar kepada vitalea.
Jambu batu pasal susah nak beli dah tak makan lagi. Then lain2 walaupun cuba makan makanan berkhasiat macam roti gandum, buah-buahan, susu kambing, mungkin amountnya tak cukup kot....
Muka toya je kena ceramah. Hati sedih pasal risokan baby.
Pastu, gi ngadap doktor lak. Saya tunjuk botol vitamin yg saya makan. Dia kata oke, boleh teruskan. Tapi make sure cara makan betul. Sib baik doktor ni rasional skit dari nurse tu. Then review result iron study yang minggu lepas amik darah tu. Wallaa....kandungan zat besi normal...tapi Hb tak naik2.
So dia suh datang Jumaat ni amik darah untuk check talasemia pulak. huhu...
Keluar dari bilik doktor, pegi amik suntikan kancing gigi.
Sementara tunggu 11.00 pagi untuk BSP kali kedua, gi farmasi amik vitamin. Kul 11.00 pagi cucuk kali kedua. Bacaan 5.5. Nasib baik...
Terkejar2 balik opis. Badan dah rasa nak melayang dah. Memang rasa nak pitam. Sampai opis dengan muka selamba dan tak bersalah sambung makan epal ngan roti depan klien n bos. Kul 12tgh kena start puasa balik. Pastu buat la kerja apa yg patut...
Pukul 1.30tgh, kua dari opis untuk BSP kali ke-3. On the way ke KK, Datin call dan kata lepas cucuk terus balik umah. Tak payah datang opis sebab saya pun dah ala2 nak tumbang...yea yea....
Kul 2ptg, bacaan kali ni 4.4. Pastu balik umah. Sampai umah ngengada minum ribena segelas kecik. Walaupun rasa tak larat, masak jugak sebab lum makan nasik. Masak bayam merah tumis air ngan sambal ikan.
Makan nasik 2 senduk je pastu minum lagi air ribena segelas kecik. Padahal dah sah sah ri ni test gula nak jugak minum air manis. Tapi sebenar bancuh tawar je pun. Setakat nak ada rasa masam manis sebab nak sedapkan tekak yang loya.
Lepas makan, sakit kepala menjadi2. Badan rasa lemah sangat sampai nak berdiri pun rasa tak betul. Lengan yang kena injection kancing gigi tadi dah start berdenyut. Maka tergolek la jawabnya. Nak tido tak leh tido sebab tak tentu rasa.
Kul 5.30ptg bangun makan biskut weetameal jacobs. Makan 2 bungkus kecik tu dalamnya ada 8 keping. Pastu minum air. Dan puasa start kul 6.
Kul 8malam cucuk kali ke 4 kat farmasi Alpro. Bayar RM3. Cuba teka berapa resultnya...hua hua hua...6.9 weiih....tinggi tu...nak kata pasal makan nasik, nasik tu makan kul 3.30 petang tadi. Ke pasal terlebih ngap biskut weetameal? Rasanya dua-dua pun ye.
Musykil gak sebab BSP yang 3/8/14 dulu, siap tibai milo ais mamak yang manis gile tu ngan mi kari untuk dinner. Tapi result 6.0 je. Ooo baru teringat, masa tu lepas makan saya berjalan2 kat tesco, so rasanya gula dah tukar jadi tenaga. Kali ni, lepas makan bantai baring memang la ek...
Balik umah...sambung tergolek. Sakit injection menjadi2 campur sakit kepala. Dalam hati dah pikir bukan2. Terpikir gak macam ni pun dah rasa tak bermaya, cane nanti nak bersalin. Ada ke tenaga nak push....pastu memang riso sangat dan kesian kat baby. Tak sangka usaha nak naikkan Hb gagal...maapkan ibu baby...ibu usaha lagi lebih gigih untuk pastikan baby sihat dan selamat...