Seperti yang saya tulis sebelum ni, saya harus berjumpa dengan pakar pemakanan di HTJ susulan dari result MGTT yang agak tinggi.
Sebelum ni yang saya dok riso ialah payah nak parking kat hospital tu. So saya pun keluar awal dari ofis walaupun appointment saya pukul 12.
Sampai sana, saya parking kat parking awam kat bawah bukit tu. Lepas tu rupanya sekarang pihak hospital ada sediakan pengangkutan (van). Dah lama ek ada menda ni, punyalah saya tak update dengan perkembangan sekarang.
So alhamdulillah, tak payah le saya bersusah payah mendaki bukit macam dulu2. Sangat memudahkan.
Then sampai kat klinik pakar pemakanan tu, sebab sampai awal sangat, saya pun duduk le menunggu.
Kebetulan ada seorang lagi menunggu,borak punya borak, rupanya dia pun dietitian jugak. Dr Ong namanya.
Katanya saya bertuah sangat sebab hari ni giliran Prof Dr Wini yang bertugas. Prof ni kira memang expert sangat2 la dalam bidang ni.
Lepas tu, yang bestnya masa borak2 tu saya tercakap saya tengah lapar. So Dr Ong pun masuk dalam bagitau Prof untuk cepatkan appoinment saya sebab sian kat saya lapar. Hehehe. Dapat le awal setengah jam.
So saya pun ditanya tentang pemakanan biasa saya, dan sejarah keluarga ada penyakit kencing manis tak. Pastu dia timbang berat dan ukur tinggi.Then dia terangkan la pasal GDM ni. Pastu berdasarkan menu yang saya biasa makan, dia bagitau la apa yg perlu ditukar.
Lepas ni saya tak boleh minum horlicks/milo dah, sebaliknya ganti dengan susu. Sebab saya loya minum Anmum, saya dicadangkan minum susu tepung Dutch Lady atau jenama lain, tapi Anlene tak digalakkan sebab tak sesuai untuk ibu mengandung. Sebab saya sekarang tak lalu makan makanan berdarah macam ikan, ayam, daging, Prof cadangkan makan ikan bilis, tauhu, tuna,telur untuk dapatkan protein. Biskut manis kesayangan saya perlu diganti dengan biskut hi-fibre. Roti putih pun perlu ganti dengan roti wholegrain. Nasi kalau makan jangan banyak, cukup 2 senduk je. Elok banyak makan oat. Dan buah pun perlu makan banyak tapi ikut portion.Sebab buah pun ada gula. Contoh tembikai, jangan makan banyak sekali hadap tu. Sayur pun perlu makan banyak.
Maknanya saya tak perlu pening2 nak makan apa. Sebab saya ingat macam seksa je kena diet ni. Makan macam biasa cuma yang manis dan makanan tinggi GI tu perlu ditukar macam yang saya tulis, dan kalo makan pun sikit je.
Then dia pesan, pil zat besi yang KK bagi perlu makan 2 jam selepas makan. Sebab saya juga underweight, so dia terangkan lebih lagi pasal pemakanan ni.
Ikutkan menda2 ni dari kita sekolah lagi dah belajar kan. Tapi saya sangat hepi dan lega dapat dengar dari mulut seorang pakar sendiri. Dia pun sangat friendly dan memahami masalah kita. Bukan jenis orang yang suka judge orang lain. Setiap soalan saya dia jawab dengan baik dan profesional. Hehe nampaknya bukan semua dr dan staff hospital kerajaan kerek ye. Yang ni terkecuali. Best sangat Dr ni.
Lagipun saya memang tak penah praktikkan piramid makanan ni sebab rasa tak ada penyakit. Main makan je apa tekak ni nak makan. Mana penah saya sukat2 makan ni.
Dah terkena ni baru le rasa insap. Dan saya bersyukur gak disebabkan dapat detect GDM ni awal, so saya boleh start jaga makan awal2 lagi.
So minggu depan saya kena buat ujian BSP dah. Then sebulan lagi saya ada next appointment dengan dietitian ni lagi.
Balik, saya tunggu van kat depan klinik pakar tu untuk pegi kat parking keta. Sampai opis 1 pm. Lega...selesai satu hal lagi =D