Showing posts with label Diari Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Diari Kehamilan. Show all posts

Friday, February 20, 2015

Pengalaman Bersalin Anak Pertama-Vakum

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya dah selamat bersalin pada 29/01/15, pukul 4.21 petang. Hari ni, dah 21 hari dah. Alhamdulillah, baby beransur pulih dari kuning (jaundis).

Oleh itu, ini adalah post terakhir bagi label 'Diari Kehamilan' baby ni...kira complete perjalanan peknen kan dia...

Checkup minggu 39 -26/01/15-  berat saya 53kg. Diberitahu kalau minggu depan tak bersalin lagi, saya perlu direfer ke hospital untuk induce. Oke, dengar pasal induce dah terus takut. Nak le sakit bersalin semulajadi, bukan sebab paksaan dimasukkan ubat ni. Kalo induce dengar cite sakitnya berganda.

Balik opis terus google cara nak cepatkan bersalin. Haih, kalo ingatkan balik memang bodo la saya ni. Sepatutnya saya tak perlu riso lewat bersalin, sebab saya memang sure tarikh last period. So ikutkan memang tak yah kalut dah. Tunggu hari je.

Yang sempat saya amalkan, kerapkan minum air kelapa muda, makan pedas dan banyakkan lagi berjalan dalam 2-3 hari terakhir tu. Teruskan pegi keje. Kat opis cuba settlekan sebanyak mungkin keje yg boleh. Hari Rabu, sepanjang hari perut keras kat opis. Balik tu, tutup opis, masuk keta, dan sebelum bertolak pulang, sempat saya pandang opis tu, seolah-olah rasa ni kali terakhir pegi keje sebelum cuti panjang. Tak sangka betul gerak hati ni. Dan akhirnya...

29/01/15 Khamis

Part 1

4.45 pagi- Rasa basah. Check kat bilik air. Darah dan lendir. Ini le tanda bersalin yang saya dok tunggu2. Kejutkan suami bagitau. Dia tanya nak ke hospital sekarang ke. Saya dengan confident cakap tak yah, selalu kalo anak pertama 1-2 hari baru bersalin pasal laluan lambat bukak. Oke....ini adalah kesilapan yang besar....pengajarannya ialah bukan semua orang sama ye...sila jangan taksub dengan bacaan di internet...pengalaman sume org lain2 oke...

Suami sambung tido. Saya pun. Tapi tak leh lelap. Hati dah rasa semacam. Bangun, solat subuh dan mengaji surah maryam, al waqiah dan yasin sekaligus. Tetap suruh suami gi keje walaupun dia berat hati. Dia tak nak tapi saya kan degil. Ni degil yang korang jangan ikut okeh. Disebabkan degil ni lah nyaris beranak kat umah. Dan lepas tu dalam pukul 8 pagi rasa sakit datang. Sakitnya lebih keras. Kalo sebelum2 ni, sakit2 manja dan boleh pergi keje, Kali ni rasa lain. Pantau masa. 20 minit sekali. SMS bos kata nak cuti.

Sepanjang pagi tahan sakit. Macam mana ye nak describe rasanya? Ni bukan eksen ye, terus terang, mungkin sebab berkat surah maryam dan zikir Nabi Yunus, level sakitnya itu Insya Allah boleh saya tahan, yang tak tahan ialah ia sangat sangat sangat meresahkan sebab buat kita tak tentu hala, tak boleh bernafas...berterusan badan tersentak-sentak...terpikir gak macam ni memang le boleh meninggal kalo dah tak dapat nak bernafas pun...huhuhu

Pukul 12, boss call....saya cuma mampu cakap sakitttt....dia ingat saya dah di spital...huhu

Bila sakit datang, saya cuba berjalan, cuba duduk, cuba baring mengiring....makin teruk rasa. Last2 saya bersujud. Baru rasa oke sikit. Ni la sebabnya saya tak nak gi spital awal2. Sebab saya rasa tak mampu nak tahan sakit sambil tunggu bukaan kat katil wad. Kalo kat umah ni leh la buat macam2 posisi.

Kalo kat wad cane eh, mesti kena baring je. Lagi teruk kalo dah start pasang CTG kat badan,lagi la tak leh gerak nanti. So konon2 saya nak tunggu bukaan banyak sikit, nanti gi spital terus masuk labour room. Tapi sakit dah jadi 5 minit sekali. Baru nak tarik nafas, sakit datang balik. Saya tercungap2, cuba ingat teknik pernafasan yg saya dah google dan berlatih sebelum ni, hancuss...Tak boleh praktikkan pun.

Bila cuba tarik nafas dan hembus, badan rasa bergegar. Sambil2 tu makan kurma. Zikir Nabi Yunus dalam perut ikan nun tak henti2 saya baca dalam hati. Tengok kat cermin, perut saya sangat cekang. Boleh nampak jelas montot baby kat perut tu!

Cepat2 tipon suami suh balik. Masa tu agak2 dalam pukul satu. Saya masuk bilik air ingat nak mandi sikit sebelum ke hospital. Tak boleh tahan. Saya terduduk kat lantai bilik air. Tak henti2 saya curah air ke perut. Agak melegakan tapi contraction makin menggila. Tak sedar saya dah terteran sebab badan tak leh tahan.

Suami sampai umah agak2 sejam kemudian. Terkejut dia tengok saya kat lantai bilik air. Cepat2 dia suh saya bersiap. Keluar dari bilik air, air ketuban pecah. Sekali keluar dengan darah. Suami kelam kabut dah masukkan beg dalam keta. Saya pun capai baju ngan tudung yg dah standby awal2.

Masa nak keluar dari umah,.. oke ni memang drama. Saya sakit sampai saya berpaut kat suami. Dah ala2 tak boleh berjalan dah. Masa tu saya meraung mintak ampun dari suami. Cepat2 dia kata dia ampunkan dan papah saya ke kereta. Laju giler dia bawak keta. Saya masa ni terpikir mak abah tapi tak dan nak tipon dah. Dalam keta beberapa kali saya mengerekot dan lagi sekali tanpa sedar saya terteran.

Sampai  kat Hospital Tuanku Jaafar, terus ke bangunan baru dewan bersalin. Ye saya bernasib baik sangat sangat. Wad dan dewan bersalin baru ni baru dibuka 2 minggu. Memang cantik macam private spital dah. Kalo saya kena bersalin kat bangunan lama yang sendu tu mesti saya awal2 lagi dah nangis. Eh melalut lak. Sambung cite. Saya ditolak dengan kerusi roda ke dalam.

Dan mula diperiksa. Buku merah yang tebal dicheck. Dan doc yg ri tu periksa saya masih ingat saya lagi.  Dalam sakit tu yg saya ingat, kena cek tekanan darah, pas tu ada nurse dan doc yg beberapa kali tanya soalan seperti nama dan IC saya. Mungkin untuk pastikan saya sedar kot. Kena seluk. 5cm. Terus baju saya ditukar dan ditolak ke labour room.

On the way ke labour room, saya macam...eh...dah sampai masa nak bersalin? perasaan macam tak caya je...sampai labour room, macam2 wayar dipasang kat badan. Tangan kiri dicucuk. Nurse yang monitor graf contraction beberapa kali kata 'TOO INTENSE, TOO INTENSE!'...woo contraction sangat kuat. Doc tengok perut saya, 'this is the butt, the leg'...lebih kurang macam tu la saya dengar...

Sorang lagi doc seluk. Dia goyangkan tangan kat dalam tu ke kiri dan kanan beberapa kali pas tu kata, ok 6cm already. Dia check tengok, dan kata, 'no membrane, baby dah di bawah. Puan you can push now.' Whattt?

Tiba-tiba bilik tu penuh manusia. Saya rimas. Tangan disuruh pegang buku lali dan mereka jerit 'push'. Saya keliru. Ini bukan yg saya bayangkan. Saya cuba teran tapi salah. Tak dapat. Sebelum ni saya bayangkan suami saya support belakang saya. Sekarang mana suami saya? Nak bertanya tapi tak mampu. Beberapa kali teran tapi teknik salah sebab saya tak dapat kumpul nafas. Saya dimarahi tapi nape diorang tak tolong bagitau caranya atau support belakang saya? Setakat jerit push semua pun boleh tapi apa erti push itu? Baby sebenarnya memang dah di bawah sangat tapi teknik saya salah.

Rasanya lebih 10 kali kot cuba teran. Then baru la mereka keluarkan besi untuk tahan kaki. Kaki saya diletakkan di besi tu, tangan perlu pegang pemegang. Then doc kata perlu guna vakum sebab baby dah lama di bawah. Dah namanya vakum tentulah lagi besar guntingannya. Then bila dah dapat pemegang ni, tetiba saya dapat semangat sebab ada tempat berpaut.

Saya teran guna teknik lain. Sebab yg tadi tadi dah tau teran ikut perut baby tak keluar, kali ni saya cuba teran cara lain yg saya pun tak reti nak describe. Tetiba saya dengar diorang kata, bagus puan, pandai puan. Lagi teran lagi...Wahhh..cara ni dah betul... Tapi disebabkan saya dah lemah dan asyik putus nafas, agak2 5-6 kali teran akhirnya berjaya baby dikeluarkan.

Babyku tak menangis. Senyap sunyi. Hati cuak dengan keadaan ni. Saya cuma mampu pandang baby saya.....Beberapa minit lepas doc usaha, baru le dengar tangisannya.. Dalam pada tu saya dalam proses untuk dijahit. Uri dah dikeluarkan. Jantina baby ditunjukkan. Baby apa puan? Boy...jawab saya...then saya kiss dia dan dia terus dilarikan ke ICU sebab nafasnya laju. Sedihh...

Untuk jahit, kaki saya masih di besi pemegang. Lenguh gile mengangkang sampai menggigil kaki. Dari pukul 4.30 ptg sampai 5.20ptg. 50minit. Masih baca zikir Nabi Yunus dalam hati. Biar cepat selesai semua ni.  Ada pulak sorang staff lelaki tengok saya dijahit. Memang saya rasa terhina sangat. Sampai saya tutup muka dengan cadar. Oke, rasanya dia pelatih. Tapi saya tak halalkan ilmu dia dapat. Reason? Dah berapa ramai yg bersalin, apsal saya yg terpilih utk ditengok proses jahit ni? Rasanya ramai je yg bukan Islam dah bersalin. Dah tentu mereka tak perlu pikir pasal batasan aurat bukan macam kita ni kan. Sigh.....

Sempat lagi sorang doc/nurse marah saya pasal tak pandai push...eiii rasa nak sepak je muka dia..

Perut ditekan untuk keluarkan darah beku. Ubat luka dicurahkan. Pad bertali dipakaikan. Lepas tu saya dibiarkan baring di katil tu. Lama gak. Dan saya mula terpikirkan suami saya. Dia tau tak saya dah bersalin? Nak suruh dia tengok baby dan azankan. Gelisah. Then datang lagi doc. Kali ni nak seluk tengok jahitan oke ke tak. Ya Allah...tak habis2 lagi bab seluk ni. Tawakal je lah..

Pukul 6.30 macam tu, baru le saya ditolak masuk ke wad. On the way,nurse cari suami di depan tapi takde. Sampai wad...ehhh? mak....abang...kak ipar...suami...bos...eh mana tau saya dah bersalin? huhu blur...

Laa sebenarnya dalam saya dok riso riso tadi, suami dah tau pun saya dah bersalin. Dah azankan baby pun. Baby dalam inkubator katanya. Pastu tipon my family. Katanya dia nak masuk labour room tapi tak dibenarkan. Ada lagi sorang suami pun sama macam dia tak dibenarkan masuk. Apakah?? I thought suami leh teman isteri bersalin. Ya saya tau kalo vakum dia akan disuruh keluar, tapi sebelum proses tu sepatutnya boleh masuk.

My boss? Rupanya lepas dia call saya tengahari tadi, bos call hospital tanya saya masuk wad mana. Cecepat diorang datang. Wuwuu..terharu i...

Part 2

Malam...hairannya saya masih bertenaga. Mata memang celik langsung takmo tido. Mungkin berkat makan kurma siang tadi. Saya terbaring je atas katil. Tak leh gerak. Seram sebab jahit banyak. Tapi tak leh tahan. Darah kua banyak sangat sampai lencun alas katil. Saya nak bangun tukar pad.

Katil tinggi. Oke tinggi bagi saya yg rendah ni. Ter..terjun gak...saya berpaut kat besi katil. Lama...Rasa sekeliling sunyi sepi...berpinar...gelap pandangan...tetiba terjaga balik. Terpandang kakak kat katil depan dah cemas tengok saya. Saya nampak dia tekan loceng panggil nurse.

Nurse datang dan suh naik atas katil balik. Uwaaa...org nak tukar pad laa...dah la susah payah org turun dari katil tinggi ni...dia kata nanti nanti...dah hilang banyak darah mana boleh tetiba bangun nanti pitam...oke....

Pukul 11 malam camtu...degil...nak jugak tukar pad. berjaya turun dari katil dan ke toilet. Toilet sebelah katil je pun. Aduss..patutnya buang aje la pad tu...yg gatal nak basuh dalam keadaan badan lemah ni buat apa...basuh basuh...tak habis2 darahnya...berapa kali flush...banyak sangat2 darah ni...wuuu...mata dah berpinar...adakah saya akan pengsan dalam toilet ni???

Tetiba pintu toilet diketuk. Fuhh nasib baik nurse datang...dia notice dahi saya dah berpeluh... Dia papah saya ke katil dan bagitau nanti len kali panggil dia...

Malam yang panjang...sebab saya dah minum banyak lepas bersalin tadi...nak kencing la pulak. Lagipun kalo kita dah kencing, cepat boleh keluar wad. Lagi sekali, cubaan turun dari katil. Nak panggil nurse temankan ke toilet, tapi cam malas pulak.

Kat toilet...ohh kenapa ni. Kenapa saya tak boleh kencing? Rasa cemas dah. Puas cuba tak boleh jugak. Kenapa kenapa? Lama sangat saya di toilet dan akhirnya lagi sekali nurse jemput saya di toilet tu. Saya bagitau saya tak boleh kencing padahal pundi kencing rasa penuh dah. Then dia inform doc.

Akibatnya...tengah malam tu tiub kencing dimasukkan. Kencing dikeluarkan melalui tiub. Seram gile takut jahitan tetas. Dah la berjalan ke bilik pemeriksaan tu dengan luka yg fresh ni, turun naik katil pulak.

Balik ke katil, tetiba doc datang bagi bekas urin. Dia suruh minum bebanyak dan cuba kencing lagi tengok boleh tak. Dan nak sample kencing. Hoih...tadi aku kencing bukan main banyak ko buang aje...sekarang suruh tadah balik? Rasa nak marah je...

Takpe..takpe...pikir balik memang le saya kena praktis kencing balik. Takkan dok nak cucuk tiub je. Oke....tak tido sepanjang malam...minum banyak2....then pergi balik ke toilet...

Still...tak boleh jugak...3 kali berulang ke toilet...tak boleh jugak....nak nangis serupa takde air mata je...bagitau doc...dan subuh tu kena lagi...cucuk lagi pundi kencing dengan tiub dan dipasang beg untuk tadah....selesai...bawak le ko beg kencing tu ke mana2...balik ke katil dengan frust dan rasa putus asa dengan nasib diri...

Tengok orang sebelah ada baby...saya??? baby di ICU, diri sendiri dah cedera....tak boleh kencing...dah la sepatutnya dah start berpantang...ni saya dok tersimbah2 kaki dan miss v dengan air sejuk bila ke bilik air...ye la nak cuci kan...stokin pun tak pakai...tak dapat nak jangkau kaki :( tapi saya cuba gak tutup kaki dgn selimut....

Pagi. Saya diberitahu kena pakai beg kencing tu seminggu.  Doc dah check dan katanya takde jangkitan kuman. Mungkin masa proses bersalin pundi kencing tercedera masa teran. Minggu depan datang balik untuk bukak dan praktis kencing.

Tengahari suami datang. Dia bagitau baby dah dipindahkan ke SCN. Maknanya baby dah oke. Tak pakai wayar dah. Then kami sama2 pergi tengok baby. Sampai sana, saya notice ada sorang baby ni kat depan pintu masuk tu. Saya macam terpegun tengok dia. Macam ada instinct. Dalam hati kata cute gile dengan topinya tu.

Sampai kat dalam, nurse kata 'baby puan yang kat depan tu'...laaa....rupanya yg saya dok tengok tadi itulah baby saya...wuiii....hepi giler dapat tengok dia...ada tiub untuk salurkan susu...dia tengah tido...kulit putih merah...(sekarang gelap dah pasal dok jemur sebab kuning). Sayangnya tak dapat ambil gambar...ye sepanjang 3 hari baby kat spital, tak dibenarkan ambil gambar...jadi yg ada sekarang hanya memori saya...saya masih ingat rupa dia masa lahir, then masa dia kat wad ni...precious...Insya Allah selagi ada ingatan ni...saya akan simpan baik2 kenangan ni...

Petang tu saya dah boleh balik. Esoknya Sabtu kami datang tengok baby lagi. Dan first time bagi susu badan. Ohh bila bagi susu badan ni, rahim akan sakit sebab dia akan mengecut bila baby hisap. Tapi memula ni susu badan memang tak banyak la. Esoknya Ahad baby dibenarkan balik dah...

Orang lain mungkin tak setuju dengan saya, tapi untuk diri saya sendiri, setelah melalui pengalaman ni, yang boleh saya kata ialah kebanyakan petua mudah bersalin adalah sia-sia je. Yang boleh pakai bagi diri saya adalah :

1) Teknik teran-

Ye yang ni paling penting. Inilah yang menentukan segala. Sebab saya tak pandai teran, satu demi satu masalah datang.

Dimulakan dengan vakum, jahitan yg banyak, baby masuk ICU, saya tak boleh kencing dan menjalani tempoh berpantang yg menyeksakan. Kemudian dalam pada tu baby pulak sakit kuning sebab bengkak di kepala akibat vakum. Sedangkan ikutkan dia sepatutnya tak kena kuning ni sebab dia cukup bulan, saya bukan darah O dan g6pd pun normal.

Pendek kata,yang lain2 tu macam banyak berjalan, minum minyak kelapa dara, minum air hujung rambut dan macam2 lagilah...itu semua tak guna kalo ko tak pandai push. Noted.

2) Makan kurma -

Yang ni sila jangan pertikaikan sebab dah tertulis dalam Quran. Kurma sangat membantu memberi saya tenaga.

3) Surah Maryam dan doa Nabi Yunus-

Walaupun saya takde la consistent sangat mengaji ni, ikut mood jugak,  tapi at least saya cuba dan kalo tak pun dengar di youtube/cd.  Doa Nabi Yunus ni pulak sangat membantu kita lupakan kesakitan...kira berserah pada Allah je.

p/s Kengkawan sume yg belum ada pengalaman, jgn takut ye...ni bahagian saya. Nasib kita lain2. Saya doakan urusan korang dipermudahkan k...

Next entry....dugaan masa berpantang...baby ku sakit kuning...


























Thursday, January 22, 2015

Contraction Sekejap-sekejap


21/01/2015

Dah memasuki minggu 39...

Due date 1 Feb nanti...sekarang kira membilang hari je...baby bertahan dengan jayanya walaupun maknya ni macam2 komplikasi...Alhamdulillah syukur sangat2...berat baby last scan 12 Jan hari tu lebih kurang 2.7kg... tapi arap2 jangan le overdue tarikh...tak nak la kalo kena induce pulak...tu lagi haru nanti... 

Sejak2 pegi check kat spital minggu lepas, dapat rasa la contraction makin kerap...perut rasa tegang serentak ngan sakit ari2...tapi Alhamdulillah leh tahan tak sakit sangat...ia datang dan pergi...ni la agaknya yang dikatakan contraction Braxton Hicks tu eh? alaa contraction palsu tu...kira rahim tengah praktis nak kuakan baby tu...

Then selang 2-3 hari, sakit tu dah upgrade...serentak perut tegang, sakit ari2 ngan saya rasa sakit kat tempat nak u'uk...hehehe...pas tu semalam dia upgrade lagi selevel...tetiba rasa sakit memulas kat perut macam nak u'uk tapi tak pun....huaaa...tapi macam biasa ia datang dan pergi...saya pun tak le pantau masa sebab perasan macam leh tahan lagi...

Tapi malam tadi ada le bisa sikit pinggang ni...still gagah gi keje lagi hari ni...

Ikutkan macam saya tulis hari tu, saya dah malas dan fed up nak gi keje...ye la tengah tunggu hari kan...lagi pulak sekarang sakit makin terasa...tapi...saya rasa rugi pulak kalo amik cuti awal...

Kan cuti bersalin 2 bulan...kalo sekarang saya start cuti, nanti kena balik keje awal pulak...rugi le pasal masa tu dah ada baby...cuti tahunan tak mau la usik pasal baru awal tahun. Lagipun pikir balik....baik le keje sementara baby still dalam perut ni..

Sebab... kalo saya keje, at least dapat aktifkan diri...arap2 mudah le bersalin nanti dengan berjalan sana sini dalam opis ni...kang dok umah confirm la tergolek terbaring tengok tv  je...paling terer pun kemas umah sikit2...

So buat sementara ni saya korbankan perasaan malas ni untuk kebaikan diri sendiri gak...ahaks.. =D

Friday, January 16, 2015

Buat VE Pertama Kali

Minggu 37 & 38

Tiba2...14/01/15 ri tu, public holiday bagi NS. Saya rasa perut keras dan tegang dari pagi sampai petang. Tak sakit tapi riso la macam pergerakan baby slow. Saya tanya kak ipar kalau tak sakit tapi perut keras je kena gi spital ke. Dia suh pegi je...katanya time dia dulu takde pun kua darah ke apa tanda ke...perut keras tau2 dah nak bersalin. 

Saya kata bia betoii...saya tak sakit pun...pas tu dia cakap, pegi je check takut kalo baby tu dok keras2 ntah2 terbelit tali pusat ke...huhu bila dia cakap camtu saya pun takut dan terus decide nak check kat spital malam tu.

Lepas maghrib pegi, standby letak barang dalam keta. Sampai sana daftar, pastu cakap kat nurse tu nak check aje. Then dia tanya pasal kontraksi. Saya tak reti jawab sebab tak sakit so tak pantau masa. So dia isi borang, suruh pegi check urin then tunggu giliran.

Kat sana orang lain yg tunggu giliran sume dalam kesakitan. Saya je yg dok tersenyum2 lagi. Lama tul nunggu. Suami pulak dok nunggu kat luar. Sian dia, dah le dia tengah demam selesema.  Akhirnya sampai turn saya, doc check jantung baby ok, pas tu dia nak seluk (vaginal examination). Nasib baik doc ni perempuan, pastu badan kecik. Masa dok nunggu tadi, riso gak kalo ada doc lelaki yg badan besar tu yg check saya nanti. Nasib baik tak...

Kalo blogwalking, ramai yg kata sakit kena seluk ni. Saya teringat petua kalo tak nak sakit kena tarik dan tahan nafas. Doc tu pun suruh tarik nafas, tetiba doc tu kata, eh tarik nafas tapi jangan kemut, relax...so ikut la cakap dia...tarik nafas jugak tapi nafas saya pendek sangat...kejap je dapat tahan dah terhembus balik hehe...

Dia masuk tangan check, takde jalan lagi...belum bukak...a'ah memang le saya pun takde sakit apa...cuma riso baby je...time seluk tu pedih la jugak...dan lepas seluk tu, sepanjang malam tu rasa pedih je...tapi oke leh tahan lagi...esok paginya hilang dah pedih tu...cane le nanti ek bila sampai masa nak bersalin kena check tiap2 jam tu...huhu

Pastu gi buat CTG...err check jantung baby...20 minit la terbaring ngan wayar tu kat perut. Cuak jugak bila jantung baby ada ketika slow...pas tu kuat balik...bila doc check, lepas dia refer doc lain, dia kata ok takde pape. So saya takyah ditahan wad. 

Balik...on the way singgah beli burger,fries ngan aiskrim. Lapar sesangat....lepas ni tau dah, kalo nak ke spital, sila makan kenyang2 dulu. Saya tak dinner sebelum pegi tadi, tu yg lapar sesangat. Makan kurma beberapa biji je. Sampai umah dah pukul 1 pagi....hua hua hua...letih gilerr...

Thursday, January 8, 2015

Minggu 36

Hehe selagi tak bersalin ni...memang memanjang update pasal cite peknen je la nampak gayanya...

Bukan apa..macam masa mula2 saya tulis entry pasal peknen ni dulu...saya tulis pengalaman saya ni untuk kenangan...sok sok leh baca...nanti InsyaAllah baby dah besar dia pun leh baca gak pengalaman mengandungkan dia...akhir sekali mana tau leh jadi panduan kat kengkawan lain...mana yg elok boleh le korang amik, mana yg tak elok korang jgn buat lak macam yg saya buat...jadikan pengajaran okeh...huhu

05/01/2015

Check up minggu ke 36. Scan dan buat BSP sekali. Yayyy...dengan ini dimaklumkan bahawa inilah BSP saya yang terakhir sebelum bersalin. Huhu lega....serik mak...sepanjang peknen ni ada la  dalam 7 kali buat BSP ni...

Scan baby untuk growth chart...macam biasa doc maklumkan baby saya tecik...minggu 36 tapi tumbesarannya minggu 34...dan lagi sekali ukuran kepala kecik...33 minggu...saya tawakal je laa...arap2 baby oke...tapi doc pun kata oke sebab walaupun kecik tapi dia still membesar...

Anggaran berat baby 2.4kg. Berat saya pulak sekarang 50.8kg. Lega dah lepas week 36 ni...sebab baby kira cukup bulan...bukan baby pramatang...

Tapi serius laa...memang sekarang rasa...errr sakit sana sini...jari2 kaki sakit, 'bawah' sakit, sakit belakang...sakit pinggang...dengan tido tido chicken je....susah nak lelap....bila nak bangun dari tido atau dari duduk atas lantai memang azab...haa time ni baru terpikir susah payah mother ngandungkan kita dulu...memang terinsap jap laa...ni belum masuk part bersalin, kena jahit, berpantang n jaga baby nanti ni....huhu

Ri tu  beli breast pump...sy beli brand disney...ni manual...beli kat butik Anakku kat Jusco...rega RM76...ni pun lepas survey2 kat itenet, ramai kata oke dan rega pun oke ngan poket saya...nanti bila dah start pakai sok, Insya Allah saya akan tulis entry bagitau oke ke tak menda ni...

Pastu saat2 akhir ni memang saje la ada je menda yg nak dibeli buat tambah2...sapu tangan..bekas tu bekas ni...beli lagi hanger baju baby ngan penyidai bentuk bulat tu...hehehe saje je...biar lebih jangan kurang...

Macam biasa banyak je menda yang nak dipikirkan...salah satunya nak berpantang kat mana...mak saya memang la dah bagi amaran 'ko jgn degil, balik pantang kat umah sini,boleh mak abah tengok2 kan ko'...

A'ah memang la kan...anak pertama... ko hingat ko terer nak jaga budak tecik sensorang dgn ko yg dah melepet x boleh buat apa lepas bersalin tuh...tapi tu laa... yg maleh nak berpantang kat umah mak ni sebabnya ialah...toilet cangkung hokeh...saya memang surrender la tu...cane laa nanti...nak bayang pun tak sanggup dgn ko berjahit bagai...ramai je kata boleh bersimpuh atau dok kat bangku kecik asal jgn cangkung nanti tetas jahitan...tapi korang ingat lantai toilet tu marble ke nak bersimpuh....mak geli nakk...dengan nak terbalikkan baldi simbah lagi...dengan takde getah paip lagi kena pakai gayung...

Dah renovate pasang flush dah ri tu, tapi cina tu buat tak betul, melimpah air dari lubang toilet tu...huhu getah paip pulak yg mak haku cabut buat apa...xpe xpe mentang2 umah mak...orang tak leh la nak pasang ape pun...uwaaa...sob sob...

Peh tu kan...kalo kat umah mak...hadoii ramai le yg datang bertandang nanti...ye saya berterima kasih ramai yg ingat kat mak abah...datang jenguk..diorang pun dah tinggal berdua sejak saya kawen ni...masalahnya kalo yg datang tu yg oke xpe, saya pun oke...ni nyampah kalo yg mulut longkang datang...pempaham je la yg jenis mulut nak nyakitkan ati orang je...kang elok2 saya bertenang tetiba lak meroyan nanti...

Bukan nak pikir buruk dan negatif je...tapi ni saya tau la...saya bukan sebarang cakap...saya dah terlalu banyak disakiti...dari dulu sampai sekarang....

Err sambung cite...last2 bila dah pikir banyak kali...saya rasa elok la saya balik jugak berpantang kat umah mak...ni bukan menda boleh buat main ye tak..lagipun leh temankan mak abah...kasi meriah skit umah tu dgn suara baby...hehe....xpe la...hal yg dirisokan sangat tu tengok la nanti cane...boleh adjust kot...(sedang cuba pikir positip)....

Tapi...sedih weii nak berpisah ngan somi...memang le dia akan datang jenguk hari2...tapi...tu la susah nak cakap...dah biasa idup berdua...nanti cane la tanpa dia...memang ye kan...bila kawen ni org cakap sedangkan lidah lagi tergigit...tapi cuba kalo takde...teringat2 pulak...

Nanti mesti teringat kenangan masa peknen ni...dgn somi yg sabar bila sy tak masak...sy masak kekadang je...dah dia penat balik dah kul bape dia pulak masak...suap saya lagi...air dia bancuh pun saya yg abiskan...kena nyanyi pulak tu nak tidokan saya...uhuhu...banyak sangat laa kenangan masa peknen ni..touching gitu....sob sob...

Sehari dua ni perut rasa gatal teramat sangat...dan saya pun dok la menggaru...hehe last2 berparut gak perut ini...punya la dok jaga perut selama ni jangan ada stretch mark...dok sapu je baby oil...uhu...

Malam hari tu saya tak leh tido...satu badan sakit...pas tu bahagian 'bawah' pedih dan panas sangat...macam rasa mengembang pun ada...eh baby nak kua dah ke...sib baik dah pagi kurang sakit tu...saya blur...contraction pun tak tau cane ye keadaannya...tapi kalo baca tanda2 bersalin...kira dah ada...cuma yg belum ada keluar darah/air dan sakit contraction yg konsisten...yg tu lum terjadi lagi...

Huhu arap2 sempat settlekan beberapa perkara lagi sebelum bersalin...dup dap dup dap....phewww....

Saturday, December 27, 2014

Jalan-jalan Kat Citypark

Lebih kurang 2 tahun dulu...time dating....kitorang gi Citypark S2...suami saya cakap...'nanti bila kita pegi sini lagi nanti, masa tu perut sayang dah besar'...

Saya masih ingat kata2 dia..ada jodoh kitorang...dapat kawen dan sekarang perut dah besar (minggu 35)...so 25/12/14, ajak le suami gi jalan2 sana...semata2 sebab nak 'merealisasikan' apa yang dia sebut dulu...hihu

















Minggu 33 & 34

Minggu 33

Start minggu ni dah rasa seram je memikirkan sakit bersalin...

Lagi satu jangan le baby lahir awal...pasal kalo lahir sebelum minggu 36, kira baby pramatang. Doa2 jauhkanlah ek...harap sangat baby survive cukup bulan, biar sihat selamat semuanya...

Saya sendiri dulu lahir tak cukup bulan (7 bulan je), mak cite saya dok kat dalam inkubator sebulan. Lahir kat umah, bidan sambut (mati2 selama ni saya ingat saya lahir kat spital). Mak kat kampung pantang, abah le balik keje hari2 singgah jenguk saya kat wad. Dah le tak cukup bulan, kena kuning pulak lagi. Menum pun susu FM je.  Sob sob...sedih je dengar...

Yang buat saya riso sebab start minggu ni saya ada rasa sakit kat 'bawah'.....rasa pedih, ngilu...dok la saya kejap2 check perut dah turun ke belum. Katanya kalo dah nak bersalin, perut akan turun di mana kita akan dapat letak 5 jari (rapatkan) di antara dada dan perut..

Nak jadi cerita, perut saya memang style condong ke bawah. Huhu lagi le cemas. Rasa2 3 jari dah dapat diletakkan rata...harus le seriau...i tak ready lagi u...

Start minggu ni jugak, memang bawah rasa berat. Kejap2 nak pegi buang air kecil. Sebenarnya memang selama ni saya kejap2 pegi toilet pun, pasal saya jenis yang banyak minum air. Tapi tu la...cane ek nak story...sekarang ni rasa dia lain...memang terasa asyik kena tekan2 je 'bawah' tu...

Dah start minum minyak kelapa dara sesudu kecil berselang hari atau 2-3 hari sekali. Campur dalam susu...tak lalu nak telan...ni sebagai usaha untuk mudah bersalin...nanti masuk minggu 36 dah leh minum hari2...

Kurma makan hari2...kekadang 7 biji, kekadang 3 atau 5 biji...kalo keputusan stok sebiji je laa..janji jumlah ganjil...tapi kata orang, elok makan 7 biji sehari baru le nampak hasil...err kena beli stok lagi ni..

Urutan perineum...failed...saya tak dapat buat...urutan ni untuk elakkan episiotomi (betul ke ejaan ni?) alaa guntingan kat bahagian bawah untuk mudah keluarkan baby tu....punya la semangat menggoogle, last2 bila nak buat seriau...tak sanggup nak masukkan jari kat 'situ'...so kalo teringat saya just sapu dan urut 'bahagian luaran' je...

Minggu 34

Ye...saya mudah sesak nafas..letih pun ye...hehehe takpe takpe..asalkan baby sehat...pegi check up, berat saya naik 100 gram je. Terkini 50.5kg. Biar betul...padahal badan rasa dah berat sangat dah...

Scan baby, oke kali ni overall ukuran baby seragam, 32 minggu, Kira baby kecil, sebab sekarang dah 34 minggu, tapi kata doc oke kalo plus minus 2 minggu ni. Hb naik sikit dari 10.2 ke 10.3.

Nasib baik dapat doc yang oke kali ni. Check up yang lepas saya tak story pun pasal sakit ati. Huhu sebenarnya ikut nasib je bila pegi check up ni...kalo dapat doc n nurse yang kerek, memang sakit ati laa...walaupun kita dah habis berhemah dengan diorang, kalo dah attitude diorang camtu nak buat cane..

Check up kali ni dapat nurse yang baik dan doc yang menenangkan jiwa, hilanglah gundah gulana kan pasal diorang cakap baik2 dengan kita...

Baby suka mengeras sekarang...perut saya rasa senak, padat..agak susah cari posisi tidur...memang sentiasa mengiring je...

Perasaan ting tong...sekejap hepi...sekejap sedih...sekejap riso...macam2 bermain di fikiran...

Riso.....cane le proses bersalin saya...normal ke bedah...cane nak tahan sakit bersalin...saya ni kalo luka sikit pun dah meraung...banyak ke jahit kalo normal...nak berpantang nanti...cane ek nak gi toilet bila dah berjahit bawah tu...pastu nanti umah mesti bersepah...

Riso tak survey taska baby lagi...cuti dah takde...Sedihhhh sangat bila pikir nanti kena anta baby kat orang asing...tak sanggup betul rasanya...ntah cane la jagaannya nanti...macam2 cite yang saya dengar sampai buat hati ni riso je...tapi takde pilihan...saya harus bekerja...

Time2 camni, terpikir alangkah untungnya anda semua yang bergelar suri rumah...korang dapat jaga anak sendiri, dapat pantau keadaan dia, dapat bagi susu badan kat dia...saya pulak nanti akan kerisauan di opis kenangkan adakah anakku dijaga dengan elok dan tidak diapa-apakan...

Dan macamana nanti nak bekalkan susu badan kat baby...ada pengasuh yang tak nak terima sebab leceh nak panaskan, saya pun pening macam mana nak pam susu kat opis...cctv merata, takkan nak pegi toilet..kang pantry ada je yang masuk keluar..busy pun busy...keje swasta memang takde istilah nak rehat kejap....ko buat je la keje sampai settle nak nak kalo yang urgent tu. Memang memanjang urgent je pun. Kekadang bos dah kua baru le dapat tarik nafas...pehhh. Dilema tul la...tapi tu laa...memang nak sangat bagi baby susu badan sepenuhnya...

Pastu...time ni mula la teringat kalo tak panjang umo...err tak salah kan sebab mengingati mati tu memang perkara yang dituntut....mula le meleleh air mata bila kenangkan kot2 tumpah darah ke...cane la suamiku...anakku...sayu weiiihh...dengan amal yang sikit dan memanjang ke laut ni...takuttt...

Nak gi keje dah malas..kekadang rasa nak lempar je sume fail sebab memang fed up giler dah sarat camni pun banyak keje...tapi kenangkan baby belum cukup bulan, sabar je laa. Terpikir gak kalo baby dah 37 minggu nanti, baby nak kua pun kua laa...takpe kalo tak sampai 40 minggu asalkan baby dah cukup matang dalam perut. Pasal tak kuasa dah nak gi keje. Memanjang sakit ati...pegi beranak lagi bagus huhuhu

Tapi tekanan pun bagus gak kan...saya pun dah start serius pikir masa depan. Arap2 dapat le saya usahakan sesuatu dari umah nanti. Leh jaga baby sendiri dan dapat elakkan stress...aminn..

Last2 semalam saya bulatkan ati, saya tawakal sepenuhnya pada Allah. Saya cuma mampu usaha apa yang patut, selebihnya Allah tentukan. Masa depan, kita hanya mampu merancang. Doa dan usaha yang terbaik je la....Bab bersalin, normal ke, caesar ke, lama atau sekejap tanggung sakit, saya  berdoa semoga dipermudahkan urusan...Please la lin....stay positif...banyak2 senyum oke...

Barang yang dibeli minggu ni ialah bengkung, losyen sapu kat perut sebelum pakai bengkung, botol untuk isi susu badan kalo pam nanti...tu la tambah sikit2 je apa yg perlu..nanti dapat gaji nak beli pam susu dan mungkin sterilizer. Car seat pun kena beli gak ni...penting tu...

Time kasih kepada kengkawan yang sudi tanya kabar...shaz, aing, kak azi, umi (semoga cepat sembuh bedah cyst ari tu), salinda, zana...tq korang...rasa disayangi dan diambil berat pulak...saya doakan yang baik2 untuk korang jugak.... =D



Beg Ke Hospital Siap!


Beg ke hospital dah siap...amik checklist dari internet je. Tak ingat website apa. Harap cukup le barang2nya...

Beg Ibu

1) Buku check up mengandung, IC, GL (saya takde GL..)
2) Tuala mandi 1 helai
3) Pad sebungkus
4) Selipar jepun
5) Sweater
6) Stokin sepasang dua
7) Kain batik 2 helai
8) T-shirt/ baju lengan panjang(untuk balik dari spital, kat wad pakai baju pesakit je..)
9) Disposable panty (sebungkus- ada 6 helai)
10) Bra
11) Selendang/tudung senang sarung
12) Tisu kotak
13) Tolettries- berus gigi,ubat gigi, sabun
14) Handphone dan charger
15) Plastik untuk letak baju kotor

Beg baby

1) Baju dan seluar 3 pasang
2) Lampin 2 helai
3) Wet tissue sebungkus
4) Pampers 10 keping
5) Sapu tangan baby 2 helai
6) Barut 2 helai
7) Tuala mandy sehelai
8) Toilettries-travel pack
9) Sarung tangan 2 pasang, sarung kaki 2 pasang
10) Topi untuk dipakai balik dari spital
11) Bedung/Selimut sehelai

Beg ke labour room

1) Plastik baby-Pampers sekeping, baju baby sepasang, sarung tangan dan kaki sepasang,barut 1 helai, selimut 1 helai


Beg Makanan

1) Kurma sekotak
2) Biskut Jacobs sekotak
3) Air mineral sebotol besar
4) Apa2 makanan/minuman lain cth roti, air zam zam,...gelas atau cawan nak minum air..


Tuesday, December 9, 2014

Kenduri Doa Selamat, Minggu 31 & 32

29/12/2014

Abang saya buat kenduri kecik untuk anak2nya Muhammad ngan Muazzam yang berkhatan. Tapi mak mintak untuk sekaligus dengan buat doa selamat untuk saya selamat bersalin..


\




Minggu 31

Memang selama ni susah nak tidur malam pun...tidur pastu dalam kul 2-3 pagi terjaga sampai la ke pagi. Tapi minggu ni rasa macam dah start tiap2 malam camtu. Bila dah subuh baru rasa nak lelap. Jawabnya memang letih sangat2 nak pegi keje.

Minggu 32

Keadaan yang sama. Pastu saya dah start bukak cincin. Tak muat dah nak pakai...

Bahagian atas perut saya rasa pedih2 je...

Minggu ni jugak start bawak berjalan. Google petua untuk mudah bersalin, salah satunya ialah banyak berjalan kaki. Jadi setakat ni, kat opis dah 2 kali dah saya time lunch jalan ulang alik kat dalam opis tu dalam 10-15 minit setiap kali. Alaa dari pintu depan ke pantri tu saya jalan le banyak2 kali pelan2. Kalo tengok cctv mesti bos heran..heheh...

Ujung minggu lak jalan2 kat pasaraya beli barang2...

Oh ye untuk minggu ni, barang yang saya beli adalah :

Minyak pilis Anugerah- kecik je botolnya...tapi saya pilih ni sebab senang tak yah bancuh2. Lagipun takmo nanti kotor tilam kalo pakai serbuk bancuh tu. Yang ni senang nak guna...sapu terus kat dahi..

Tungku- pun brand Anugerah gak. Saya pilih ni sebab dia tungku batu. Kalo beli yang tungku herba macam D'HERBS tu, saya google ada yang kata panasnya sekejap aje. So harap2 yang ni panasnya lama. Pastu saya beli ni sebab katanya kalo tak kukus, boleh gak dipanaskan dengan tekap seterika je. Hoho semestinyalah malas nak kukus kukus ni...i pilih cara yg senang je..

Napkin baby- ni saya beli 10 helai. Ikutkan takmo beli sebab baby kan pakai lampin pakai buang je. Tapi tengok dalam checklist ke hospital, katanya perlu bawa lampin...so beli aje lah..pikir balik, lampin ni banyak guna nanti. Boleh buat alas tilam baby, bedung baby (walaupun dah ada bedung, tapi dibuatnya bedung tu nak dibasuh at least ada  lampin ni sebagai alternatif), boleh buat lap2 air liur baby kalo kat umah tu (kalo kua umah harus le pakai sapu tangan yg lawa sikit hehehe). So tak rugi beli...

Termometer- yaa itu dia yang paling penting. Tengok dalam kebanyakan checklist barang keperluan baby, takde menda ni. Tapi ada sorang blogger ni syorkan beli sebab penting untuk tau baby demam ke tak. So saya pun beli, jenis digital jenama Guardian. RM16...

Nasal Aspirator- untuk bersihkan idung baby...

Disposable Nursing Pad- untuk serap lelehan susu badan

Vitamin C ngan Vitamin B Kompleks- ni untuk saya time pantang nanti...

Pakaian baby...dah basuh dan siap2 simpan dalam bekas...

Barang2 baby yang dah dibeli...nampak sikit tapi sebenarnya ambil masa beberapa minggu untuk complete sebab beli sikit2 time weekend...

Barang2 untuk berpantang...

Bengkung belum beli. Pening nak beli jenis apa. Yang pasti nak yang mudah dipakai tanpa bantuan orang lain..

Jamu tak nak beli...sebabnya ialah..lepas bersalin, dalam 2 minggu pertama tak leh makan jamu sebab panas, nanti effect baby takut jaundice...

Lagi satu sebab, saya sendiri tau badan saya ni tak leh makan sebarangan..banyak na alahan. So tak berani nak makan jamu. Saya cadang makan vitamin je. Google tengok semua pun syorkan set berpantang Shaklee sebagai alternatif kepada jamu. Basicnya ialah makan vitamin c,vitamin b complex, zinc, multivitamin dan alfalfa untuk banyakkan susu. 

Tapi saya rasa makan brand lain pun apa salahnya kan. Lagi pulak saya alah dengan vitalea shaklee tu. So saya beli Vitamin C brand Flavettes 500mg ngan B Comlex brand 21st Century. Aaa dua2 brand ni saya tak alah pasal sebelum kawen dulu penah makan.

Pastu cadang makan kurma dan minum susu untuk banyakkan susu badan. Ada satu petua untuk tambah susu badan, iaitu minum air rebusan kurma merah, goji dan longan kering. Tengok le kalo perlu nanti saya buat. Kalo tak makan kurma biasa je (dasar malas nak merebus).

Pencuci miss v pun saya tak beli. Pasal kalo bersalin normal, untuk cepat sembuhkan jahitan tu petuanya ialah cuci dengan air suam campur garam. Kalo bersalin caesar, saya pakai je Fadaraj. Kat umah ni masih ada balancenya.

Krim/minyak untuk sapu kat perut sebelum pakai bengkung pun belum beli lagi...

So setakat ni barang keperluan berpantang saya ialah:

mandian herba TYT, minyak urut TYT, minyak pilis Anugerah, tungku Anugerah, Vitamin, dan tak lupa  pad opkos kena ada huhuhu...

update 25/12/2014 :

dah beli bengkung...saya beli bengkung d'herbs sebab macam senang nak pakai sendiri....RM35. Pastu untuk sapu kat perut, saya beli losyen Anugerah...wangi bau apple..RM23...







Friday, November 28, 2014

Hb Naik Tanpa Makan Vitamin

Ye...memang tak sangka  sangat-sangat. Memang betul saya masih anemia. Bacaan Hb yang normal adalah 11.0g/dL. Saya pulak baru 10.2 pada checkup 3 hari lepas.

Tapi saya nak tulis jugak sebab perkara ni sangat bermakna bagi saya yang berhempas pulas nak naikkan Hb ni. Sebabnya macam yang saya coretkan dalam post-post sebelum ni:

1) Saya pembawa talasemia. Doc kata dibenarkan untuk yang ada talasemia Hb at least 8. Jangan sampai bawah 8. Tapi tak nak risikokan baby dan diri sendiri. So harus gigih naikkan Hb.

2) Saya alah kepada pil iron dan Iberet. Vitalea Shaklee pun saya alah. 

3) Dan saya alah kepada certain makanan yang tinggi zat besi. Saya pernah amalkan makan bayam merah dan minum air rebusannya setiap hari, tapi sampai satu tahap saya muntah. Pernah makan tiram, sama jugak ceritanya mula2 makan oke, masuk kali ke berapa makan, muntah2. 
Pernah cuba makan telur ayam kampung separuh masak, hasilnya walaupun tak muntah tapi saya mabuk dan sesak nafas.

4) Saya jarang makan daging dan jarang makan sayur hijau. Mula2 peknen dulu langsung tak boleh makan daging (yang saya rasa menyumbang kepada penurunan Hb), sekarang dah oke, tapi saya rasa renyah nak masaknya sebab balik keje badan saya pun dah penat. Jadi saya masak ringkas aje.

Ini adalah kronologi bacaan Hb saya :

11.1
9.5
9.6
9.3
9.5
10.2

Pheww...perjalanan yang panjang. Struggle sangat2 untuk naikkan Hb dan kawal gula. So saya terpikir apa ek yang saya makan sampai boleh naik Hb ni..dah 2 kali dari 9.3 ke 9.5, dan 9.5 ke 10.2.

So inilah dia walaupun saya tak pasti yang mana satu menyumbang kepada peningkatan ni..

1) Pati Delima Gulsan dan Madu

Saya start minum pati delima ni dah 2 atau 3 bulan kot. Memula saya minum tu, saya bancuh sesudu dengan air segelas. Masam...saya minum setiap pagi bila bangun tidur ngan sebelum tidur. Tapi bila check Hb turun jadi 9.3 pulak.

Bila saya dapat tau saya pembawa talasemia, saya pun cuba google lagi. Hasilnya saya dapat petua dari satu blog ni, katanya bancuh 3 sudu besar jus delima dengan 3 sudu besar madu dengan air segelas. Hoho...terus terang, saya tak mampu nak bancuh banyak tu. Sebab pekat sangat tu untuk diminum, dan tak mesra dengan ekonomi saya.

So saya bancuh aje satu sudu pati delima ni dengan 1 sudu madu dalam segelas air. Bancuh pakai sudu plastik. Macam biasa saya amalkan lepas bangun tidur, kekadang balik dari keje atau sebelum tidur. Dah sebulan setengah saya amalkan 2 kali sehari. 

2) Kurma

Yang ni pulak, sebenarnya sebelum saya peknen, kurma ni makanan asasi saya. Hampir setiap hari saya makan. Tapi saya stop makan bila kantoi ujian gula MGTT. Masa tu dalam week 12 rasanya. Terusla saya takde makan lagi kurma ni. 

Pastu, bila google balik kurma ni sebenarnya sangat bagus untuk wanita peknen. Sebab tu dalam Quran pun ada disebut dalam Surah Maryam. Jadi saya berazam untuk makan kurma ni dari trimester 3 ni. Lagipun kurma ni bukan memudaratkan pun, gula nya cepat diproses jadi tenaga, jadi saya rasa as long saya kontrol makanan manis lain, takde masalah pada gula darah saya.

So kurma ni saya start makan seminggu sebelum amik bacaan Hb latest hari tu. Saya makan 3 atau 5 biji sehari.

3) Susu Kambing

Saya minum susu kambing brand Bestgoat selang seli ngan susu ngandung. Tapi kekadang keputusan stok gak...huhu... Tapi yang saya ingat, seminggu sebelum amik Hb hari tu, saya habiskan sekotak susu yang ada 15 sachet ni. Sehari 2 kali la saya minum.

So, dari tiga-tiga jenis makanan/minuman ni, yang mana satu eh berjaya naikkan Hb saya? Sebab kalo makanan lain contoh jambu batu atau kerang memang sangat tak konsisten la saya makan. Seminggu sekali pun payah. Nampaknya setakat ni cuma yang 3 jenis ni je konsisten saya amalkan.

Kalo ikut gerak hati, saya teka pati delima gulsan campur madu tu. Sebab lepas minum tu dua minggu, test Hb naik dari 9.3 ke 9.5, dan sekarang jadi 10.2 dah. Emm tapi rasa2 tiga-tiga ni pun saling menyumbang...sebab ini kan makanan sunnah Nabi.

Yeay...nak terus amalkan...harap2 next check up naik lagi biar jadi normal Hb ni balik. Aminn...

update 20/3/2015 - make sure madu tu madu asli, kalo madu yg campur gula memang tak jadi punya...
update 15/10/2015 - Ilman dah 8 bulan. Baru teringat nak bagitau korang Hb masa saya bersalin 10.3. Sebabnya itulah, masa Hb ni naik mendadak saya minum gulsan campur madu ASLI, dapat hadiah dari seseorang sebotol. Dah habis, saya tak tau mana nak dapat madu asli tu, saya pakai madu yang jual2 kat pasaraya, jadi naik 0.1 je akhirnya...
Tapi daku selamat bersalin sudah...hehehe


Wednesday, November 26, 2014

Minggu 30, Check up & Repeat Scan

24/11/2014

Hari ni check up lagi.  Ikutkan pagi ni tak nak gi klinik pasal tak larat sangat. Pikir nak tangguh appoinment ke esok je. Mana taknya, malam tadi muntah2 sampai pukul 4 pagi. Puncanya makan tiram rebus. Huhu harus la longlai badan ni. Tapi sebab hari ni repeat scan nak tengok kepala baby dah membesar lum, maka gagahkanlah jugak diri...

Memula sekali blood pressure ok, urin ok, tapi berat badan turun 0.6kg. Err terkedu jap. Tetiba riso balik masa tunggu keputusan Hemoglobin. Ye la dah la baby hari tu ada masalah tumbesaran, dah tetiba berat i turun, riso le takut effect baby.

Pastu dapat dah result Hb. Hihu....adus gembiranya saya....Hb dah naik dari 9.5 jadi 10.2. Tersengih2 masa letak buku tu sebelum jumpa nurse. Walaupun masih anemia, tapi bukan senang nak naik Hb tanpa makan pil macam orang lain tu. Naik 0.7 rasa macam tak caya je...

Heartbeat baby ok. 131. Kepala baby di bawah. Pastu continue jumpa doc untuk scan.

Dan ada berita baik. Sekarang minggu 30, so pembesaran baby ikut sepatutnya. Doc scan dan saya dengar dia kata ok, ok beberapa kali. Lilitan kepala je 29 minggu. Lain2 ukuran badan sume 30 dan 31 minggu .Doc kata kira oke kalo beza seminggu ni. Hari tu memang kena beri perhatian serius sebab kepala baby kecil 2 minggu dari  sepatutnya. So sekarang kira semua baik2 aje, cuma 2 minggu lagi repeat scan lagi untuk monitor perkembangannya. Berat baby dah 1.659 kg dah.

Lega....tapi pikir balik sib baik tak kantoi check urin sugar. Pasal masa muntah2 malam tadi tu berapa banyak gula2 saya hisap nak bagi hilang loya. Hehehe sib baik aje...

Minggu 30...nak cite apa lagi...haha nak jugak tulis. Err saya sekarang duduk mengangkang eh...kikiki perut dah besar gini le...dok kat kerusi ke, lantai ke, kena jugak bukak kaki tu, kalo tak rasa terhimpit perut..pas tu kekadang ada gak gusi berdarah time gosok gigi...normal...time peknen memang gusi mudah berdarah.

Ingat lagi masa memula peknen dulu beberapa kali hidung berdarah. Yang ni lupa nak ditulis sebelum ni. Masa memula tu, panik gak ingat badan panas dalam ke apa ke. Padahal punya la banyak minum air. Bila dah google baru tau normal hidung berdarah ni sebab saluran darah nipis dan mengembang. Sekarang dah takde dah...oke dah hidung saya hehehe

Barang baby yang dibeli minggu ni ialah bath tub ngan barut lagi 4 helai.  Bath tub tu saya beli yang ada lubang. So nanti nak kuakan air lepas mandi tu, senang tarik je tiub tutup lubang tu. Tak yah terbalikkan menda alah tu nak kuakan air tu. 

So semua sekali barut dah ada 10 helai...cukup le kot...tanya2 orang lain kata cukup le banyak tu....harap benar la kata2 mereka... barang baby kira dah nak complete dah...tinggal sikit2 macam krim ruam dan beberapa barang lagi...pheww lega...

Thursday, November 20, 2014

Minggu 29

Minggu 29

Selamat tinggal trimester ke 2. Huhu sekejap je rasa. Dah masuk trimester ke 3. Perasaan? Makin berdebar-debar. Kalau dari pembacaan, ramai yang kata kena jaga-jaga time trimester 1 sebab janin belum kukuh. Tapi bagi saya, sejak dari hari pertama syak peknen sampaila sekarang, sentiasa rasa riso je... doa baby dalam keadaan baik2 je...

Sekarang pusat i dah terkeluar u...hehe ngilu kalo tersentuh...ohh adakah itu selulit di pahaku...hahaha tak penah2 wujud menda ni kat badan i sebelum ni...

Kalo tengok muka...oke sepanjang peknen ni muka bersih takde masalah...memula awal2 peknen dulu ada la jerawat naik skit, tak lama pun kejap je dalam beberapa hari...tapi lepas tu takde dah...sampai sekarang clear semuanya...Alhamdulillah...

Dah rajin buat kerja umah...alaa takat2 basuh pinggan mangkuk periuk...masak yg simple2, sapu2 skit, jemur kain, lipat kain, buang sampah....asal umah jangan bersepah sangat dah...tapi cepat penat laa...tak leh berdiri lama2 sangat...tak leh duduk lama2...nanti pinggang ngan belakang sakit...kalo berjalan pun cepat mengah.....

Tapi saya tau tak leh manjakan sangat badan...kena beraktiviti skit bagi badan kuat biar ada stamina nak bersalin nanti...so kekdahnya sekarang, kalo penat tu rehat le...kang kalo kita dah mencungap riso le baby pun kurang oksigen gak...

Minggu ni emosi boleh kata sangat baik...tapi ri tu ternangis gak meleleh2 air mata ngajuk ngan suami...hahaha memang mood swing betui...skit2 sentap...padahal kalo tak peknen hamba ni boleh dikira hati kering gak..well...takpe...syok gak melalui pengalaman camni...sok sok buleh gelakkan diri sendiri...hehehe

Beli barang baby dan barang berpantang lagi...fasa ke 4...barang2 yang dibeli adalah...

1) 8 pasang baju baby
2) 2 topi 
3) 2 pasang sarung tangan dan sarung kaki 
4) 2 botol susu saiz kecik
5) berus botol
6) mandian herba selepas bersalin TYT -bukak kotak dah bau wangi-ada campuran  halia...
7) disposable panty
8) stokin untuk i sepasang

Dah kiranya baju baby complete dah...semua 14 pasang campur2 baju seluar lengan panjang dan lengan pendek, ada gak yang jenis berlubang2 untuk pakai bila hari agak panas...tu pun my brother cakap kira banyak tu...nanti baby cepat membesar...

Tapi saya rasa tak banyak tak sikit pun jumlah tu...pasal nanti time pantang bukannya i buleh buat keje2 umah especially membasuh ni...so ngam2 la kot jumlah baju tu untuk di rotate...

Tapi banyak lagi belum beli...barut belum cukup, bath tub belum ada, pilis,bengkung sume lum beli...macam biasa akan bersambung lagi sesi shopping ni nanti...




Wednesday, November 12, 2014

Mengidam Nak ke Jusco...

Haha tajuk macam apa je...

Memang dah lamaaaa sesangat tak jejak ke Jusco ni...masa mula2 kawen dulu je ada gi ngan suami..pas tu tak pegi lagi dah...padahal dekat sesangat ngan umah..

Pasalnya ialah kalo nak gi barang dapur, memang gi mydin je...nak ke Jusco ni, masalahnya parking susah benar nak cari.....memanjang ramai orang dari siang ke malam...lagipun kalo nak beli barang dapur kat situ memang tak la kan...banyak yg takde dari ada...dan mahal pulak tu...

Hari tu memang tetiba teringin sesangat nak pegi...teringat lak masa jadi PPH dulu, Jusco ni seberang jalan je...asal rehat gi sana...berjalan masuk Popular la, MPH, Watsons...suka tengok2 barang walau tak beli...err masa kaya dulu ada gak la beli2 kasut kan...hahaha

Paling ingat masa kak Azi ngan Shaz ada, asal lunch je dok beli roti singgit kat Baker's Cottage...hoho rotinya besar dan sodap...kenyang i sampai petang kalo dapat makan 2-3 ketul...kenangan tul laa...

Nak pegi sangat sebab nak tengok barang baby...dan nak jalan2 macam dulu2...nak pusing2 masuk kedai sana sini....nak belek2 barang...

Last2 ri Sabtu ri tu pegi jugak...sekali suami tipon tanya kat mana (masa tu suami kua umah awal)...dengan tak bersalah dan riang ria bagitau yg saya dah kat depan pintu masuk Jusco..

Haha gelak je dia...katanya janji nak gi sama..apsal tak leh tunggu ke...saya cakap tak leh tahan...nak jenjalan sekarang gak...hehehe

Sampai dalam Jusco tu...padan muka...baru sekerat jalan dah mengah...naik tingkat 2 tetiba rasa nak pitam dah...huhu cecepat cari kerusi duduk...alamak...belum pape dah letih...tu laa....dolu dolu memang le leh buat tawaf 2-3 round Jusco tu...sekarang dah bawak perut, campur lagi anemia....tak sedar diri lagi gigih nak jalan2...

Dah rehat jap, gi la tengok barang baby....bajunya usah cakap...mahal la kan...tapi tang tilam baby saya jumpa yang saya berkenan...terus la beli sebab dah gi mydin ngan tesco tak jumpa tilam yg saya berkenan...so beli la satu set...ada tilam, 2 bantal peluk ngan 1 bantal...bagus sebab anti dust mite,100% cotton, ringan dan rata...tak mo beli yang ada lekuk2 nanti baby tak selesa...

Pas tu beli detergent untuk baju baby ngan pembersih khas untuk botol susu baby...saya memang nak BF baby, tapi botol susu kena beli gak kan nanti nak pam bila gi keje nanti...

Barang2 lain tak kuasa beli situ...nanti sambung beli kat tempat lain..

Lain2 hari tu ada gak singgah mydin dan beli barang lagi skit...

So untuk minggu ni, fasa ke 3 beli barang baby ialah :

1) Tilam bantal baby
2) Wet tissue beli lagi 2 botol...ari tu beli yang pek punya
3) Pad untuk saya guna masa pantang
4) Detergent baby
5) Liquid cleanser untuk botol susu baby
6) Beg baby untuk ke spital (my sis bagi)

Yang penting...dah dapat penuhi keinginan jenjalan kat Jusco tu, rasa lega dah fikiran...huhuhu





Kira Pergerakan Bayi

Dah masuk 28 minggu ni, kena start dah kira pergerakan baby...

Kena catit pergerakan ia. Dalam tempoh 12 jam (contoh 9 pagi sampai 9 malam), kena ada 10 pergerakan.

Kalo kurang, kena cepat2 gi spital...

Cara kira yang nurse ajar, pergerakan baby yang berturut-turut ala2 berpusing tu, dikira satu....haha saya confuse di situ...tak sure sikit...

Last2 saya catit je kalo baby tendang kuat pun kira satu jugak. Kalo baby gerak2 banyak kali dalam beberapa saat tu, saya kira satu gak..tak tau la betul ke idak...

Menjelang kul 3 petang dah banyak kali gerak dah...ni hari kedua saya tanda pergerakan ni...

Semalam jenuh gak nak tunggu baby bangun...kul 9 pagi terus saya start kira...Alhamdulillah sampai ke malam baby dok gerak2...hari ni baby bangun awal...kul 6.30 dia dah bangun dah..errr ke sebab saya yang baru bangun tido sebab tu baru rasa...

Sonok tul tengok perut ni bergelombang...selalu bahagian kiri perut terbonjol...senget2 perut ni...baby ni kalo time saya keje, dia pun sama aktif....hehe macam dia pun bekerja gak...

Yang penting saya kena rasa baby selalu gerak...kalo senyap rasa riso dah..padahal kalo pikir baby pun nak tido gak kan? maksudnya jangan le lama sangat baby tu tak gerak...bahaya kalo buat tak tau je...kena betul2 alert ni...




Makanan- Dulu dan Sekarang

Kali ni nak cite pasal makanan yang saya suka dan tak suka makan masa peknen ngan sebelum peknen...

Sesaja je catit...sok sok baca buleh imbas lik pengalaman  ni...hihu...

1) Tomato
- Kalo dulu inilah satu-satunya buah kategori sayur yg saya suka sangat sangat sangat. Masak lauk pape macam sambal ke, masak kicap ke, masak lemak cili api ke, goreng sayur mesti nak taruk tomato ni. Macam dah takde sayur lain nak dimasak. Kira stok tomato ni ada je kat umah.

-Sekarang....bila dah peknen ni saya muak sesangat tengok tomato ni. Langsung tak nak masak ia. Kalo terjumpa tomato ni dalam lauk (kalo suami atau mak masak), makan ala2 terpaksa sebab sayang nak buang gitu...

2) Epal
- Sebelum peknen saya adalah seorang yang anti epal...huahuahua...bagi saya tak best...sebab rasanya cam kering je...saya suka buah yang banyak air macam tembikai ngan limau mandarin...kalo dulu kot makan pun sepotong dua je epal tu...kira sikit2 je laa...

-Sekarang....saya suka epal...walaupun tak selalu beli, tapi katakan kalo dah beli tu, sehari boleh sampai 2 biji la saya makan..hoho...

3) Aiskrim yang berbiskut (macam Cornetto)
-Sebelum peknen, saya suka aiskrim kosong semata-mata....tak suka aiskrim yang ada biskut ke, kacang ke....rasa terganggu je kelazatan aiskrim sebab nak kunyah bahan2 tu...

-Sekarang...tak kisah pun....balun je...huhu sedap apa...tapi tak leh makan selalu aiskrim ni...kata GDM kan...kalo dah kemaruk sangat baru makan...

4) Roti canai
-Sebelum peknen...roti canai memang tak makan...kalo ada pun sesekali...jarang sangat la...setahun sekali nak makan pun macam tak je...sebabnya saya geli roti tu dicanai dan ditapap dek mamak tu...kalo melayu buat pun sama rasa kembang tekak gak...

-Hoho kenapa lak ri tu saya makan roti canai eh? dah 2 kali dah sepanjang peknen ni...kali kedua tu 2 keping sekali gus...padahal dah nampak dah betapa semangatnya mamak tu menebar roti tu...tak sangka terbukak jugak selera saya...huahuahua....


Friday, November 7, 2014

Scan Minggu 28 -Risonya Saya.....

BSP hari Isnin 3/11/14, result cantik, so saya berjaya menjadikan next BSP sebulan sekali balik...lega...so next pada 3/12/14...

Then hari ni, 7/11/14, scan untuk minggu 28...

Di samping tu, trace result darah suami...Alhamdulillah...suami normal...jadi hanya saya saja pembawa talasemia...maknanya baby oke...

Pasal scan pulak...lagi satu berita tak best...punya la lama doc scan tekan2 alat tu kat perut..

Rupanya ukuran lilitan kepala baby (HC) hanya 26 minggu, kira tak ikut tumbesaran...

Ukuran lain, BPD (Biparietal Diameter-tulang pelipis kiri dan kanan)-28 minggu
AC (Abdominal Circumference- llingkaran perut) -28 minggu
FL (Femur Length-tulang paha)-27 minggu
EFW (Estimated Fetal Weight- perkiraan berat bayi)-28 minggu...1.193kg
Amniotic Fluid-normal
Plasenta dah naik, hari tu di bawah (low lying)

Sebenarnya doc kata kalo beza dalam 2 minggu tu masih acceptable, tapi masalahnya ni kepala...huhu...harusla riso kalo kepala baby kecik...nanti cane perkembangan otaknya???

Stress lagi...lagi 2 minggu kena datang scan nak tengok adakah kepalanya akan membesar ikut sepatutnya...

Doc cakap puncanya banyak, stress,anemia...ni semua akan buat oksigen kurang sampai pada baby,,,

Uwaaa....nyesal tul tak pandai kawal emosi...dok nangis sana sini akhirnya effect kat tumbesaran baby...

Huk huk...haruslah ceria secerianya selepas ni...tapi...mampukah saya????? will try...harap next scan baby dah oke perkembangannya....Aminn....

p/s dah tau jantina baby...kita tengok nanti bila dia lahir...betul ke idak mesin scan ni....

Tuesday, November 4, 2014

Minggu 26 & 27


Macam biasa....cuma pedih ulu hati makin menjadi-jadi...waktu malam susah nak dapat tidur sebab pedih sangat. Kalo dah start baring tu boleh terasa asid cuba naik ke tekak...so jawabnya kena tinggikan bantal le...

Sekarang ni tetiba rasa riso sesangat...pasalnya ialah....saya dulu lahir tak cukup bulan...7 bulan...pastu pulak anak2 abang pun ada jugak lahir 7 dan 8 bulan....

So....sekarang dah pun 27 weeks....tetiba hati saya rasa berdebar sesangat...dibuatnya baby ni nak kua awal cane? huhu mana kita boleh jangka ye tak? mau haru biru sebab apa pun tak ready lagi...

Jadinya minggu ni saya gagahkan diri kemas umah dan beli lagi barang kelengkapan baby mana yg dapat. Boleh pulak tu saya dok potong rumput kat halaman. Haha tak le besar pun kawasan yg berumput tu (err dah berlalang pun) tapi saya kan cepat penat. Tapi buat je la...dok atas bangku kecik tu, pastu dengan guna gunting, saya pun gunting le segala lalang dan rumput tu...settle...tak yah tunggu suami buat pasal dia pun balik keje dah kul bape... 

Bilik belakang pun saya clearkan...sebenarnya, bilik tu penuh dengan botol2 plastik....bajet nak jual...sekali bila jual dapat singgit je...sedih mak...padahal dah berbulan simpan sampai dah rupe pusat pelupusan sampah dah bilik tu...dah cukup le...pas ni buang je lah botol2 tu....tak yah kumpul2 bagai...bukan nak sombong dengan rezeki sebab dapat singgit...tapi ye la kan...kotor bilik dan semak je..

Lagipun bilik belakang tu nak dijadikan bilik sidai baju baby nanti...so haruslah dikemaskan sekarang...nanti pasang penyidai beroda tu, pastu baju2 baby sidai dalam umah je...tak mo sidai kat luar...banyak pencemaran hokeh...hahaha

Kira Sabtu Ahad ni memang bz giler...berkemas...beli barang baby....jenguk mak abah...servis keta..hehe banyak tul berjalan minggu ni..

Barang baby dan barang saya untuk berpantang...yang dibeli dalam fasa ke 2 ni ialah...

1) bekas simpan baju baby (lum dapat beli almari lagi)
2) baju baby lagi 3 pasang
3) pampers (saiz newborn- brand pet pet pasal dia ada lekuk untuk elak terkena tali pusat yg belum tanggal ngan saiz S)
4) minyak telon (beli minyak bayini mestika-review itenet ramai kata bagus)
5) kain batik 4 helai 
6) selipar jepun (wajib, nanti kat spital nak gi toilet)
7) stokin untuk saya (baru beli 1 pasang pasal tak pasti saiz....takkan nak rabakkan bungkusan stokin kat kedai tu)
8) minyak urut TYT (ni untuk sapu kat kaki saya masa pantang nanti)
9) sapu tangan baby (3 helai-kale oren, biru ngan merah...huhu meriah anak mak...colourful gitu)
10) barut 2 helai (ni saiz besar sikit...sebab pikir balik takkan le baby ni nak pakai saiz yg kecik aje sbb ia kan membesar...so harus ada saiz lelain jugak)

Akan sambung soping minggu depan...cadang nak beli tilam bantal baby,besen mandi, baju kena tambah lagi ngan barang saya berpantang...

Ler dah parking jauh2 kat pasaraya tu...baru le perasan ada parking khas untuk ibu hamil betui2 depan pintu masuk...ceit...penat org berjalan...so len kali lin...sila guna kemudahan yg disediakan ye...huhuhu...

Pastu...apa lagi ek nak cite...oo ye saya pun banyak menjahit sekarang...just alter baju ngandung yg terlebih panjang ngan baju2 yg dah tetas jahitannya...

Saya ada gak terbaca yg masa peknen tak leh menjahit...nanti tali pusat baby terbelit...tapi kan...saya tawakal je...bukan saya eksen nak langgar pantang...tapi saya bukan buat menda tak elok...abis takkan orang yg keje tukang jahit tu kua anak sume terbelit tali pusatnya? 

Lagipun takkan le menda2 sikit terkoyak,tertetas jahitan baju ni sumenya nak anta kedai...leceh la gitu...menda buleh buat sendiri...kan kan kan...

Lain-lain...saya riso pasal ilmu keibubapaan ni kurang sangat...saya ni anak bongsu...so memang tak reti nak jaga budak kecik ni...ni sume salah saya senirik...dulu masa mak jaga anak2 akak, haram saya nak amik tau...buat bodo je...sikit pun saya tak tolong mandikan ke, pakaikan pampers ke...even masa akak berpantang pun saya buat tak tau...sikit pun tak bertanya dan cuba amik ilmu apa yg dia buat...cuma yg ada dalam ingatan saya ialah gambaran dia tengah berbengkung...

Nah sekarang amik ko...dah tua camni nak pegang baby pun gayat...nak tukar pampers pun bodo...jawabnya dua tiga menjak ni dok la tanya encik google cara nak pakaikan barut baby,pampers baby, nak bedung ia...cara jaga tali pusat...nak mandikan ia... hoho banyak tul nak kena belajar...

Pastu google cara berpantang...cara duduk lepas bersalin...makanan nak tambah susu badan...macam2 la...

Yang paling tak tahan dok baca pengalaman bersalin...owh...ngeri okeh...dah le i ni tak tahan sakit...

Last2 dari pikir yg ngeri2...baik saya pikir positif...iaitu...sakit bersalin = dah hampir sangat nak jumpa baby ...yeay....

Lagipun pikir balik sume orang ada bahagian memasing...tengok le nasib kita camne...ada yg kejap je kat bilik bersalin tu...ada yg sehari suntuk...saya nanti tawakal je la...doa yg baik2 semoga dipermudahkan...

Sebab tu sekarang saya maleh nak amik pot kalo sakit sikit2 ni...bukan poyo eksen...tak...maksudnya saya sedang cuba belajar tahan sakit...jadi kalo lenguh2 ke apa ke, cramp kaki ke, pinggul ni macam rasa nak tercabut bila bangun...saya banyak diam je sekarang ni...saya takut kalo sakit yg sikit pun saya dah tak tahan, abis nanti kalo contraction yg berganda sakitnya tu cane? 

Orang kata sakit bersalin ni sakit kedua lepas mati...huhu respek giler ngan ibu2 semua...cane ek kalo bersalin normal, bawah kena jahit, kalo caesar, perut kena belah dan jahit...pengorbanan untuk lahirkan seorang lagi hamba Allah...sob sob.. terinsaf jap...

Sepanjang peknen ni, rasa macam best aje...walau ada dugaan...pikir balik ni sume sikit je cobaannya...cabaran sebenar masa melahirkan, masa berpantang and next ialah nak jaga baby nanti...nak jadi ibu bapa yang baik....

Saya banyak kali terpikir, bila baby dah kua nanti, mesti saya akan rindu saat2 peknen ni...sweet sesangat...tapi ye la, bila baby dah kua puas la peluk cium ia...cuma maksud saya ialah...akan rindu saat2 baby dalam perut ni...bila ia tendang2...kita ke sana ke mari dengan baby ni...

Kekadang bila saya rasa down sangat...tetiba baby gerak2 dalam perut ni...pastu saya tersedar yg saya bukan keseorangan...saya ada baby yg temankan saya...so pikir balik watpe eh nak sedih2 masalah duniawi ni? baik pikir masa depan...masa depan baby...lagi bagus...

Lagi satu kan...saya ni kan tak mesra alam ngan bebudak kecik...saya cuma mesra ngan anak2 buah saya je...ngan anak orang lain saya kureng...pasal entah le...tak pandai le....so surprisenya ialah...bila saya dah peknen, heran gak ramai bebudak kecik suka benar ngan saya...

Kalo gi klinik, beberapa kali gak la bebudak datang kat saya, senyum2, main2 beg saya, sengayut kat baju saya...ada sekali gi tesco, saya kena cuit ngan sorang budak kecik ni...tersengih2 dia berlari datang kat saya...semalam kat kedai pun ada budak ni tersenyum2 ngan saya...why ahh?

Hehe heran gak...tapi petanda baik ni...rasa fefeeling disukai ramai lak....theehehe...anak buah saya si Aisyah pun kalo jumpe tak mo nya dia lepaskan saya...mak kata sebab saya peknen baby girl, sebab tu Aisyah suka sebab nanti dia ada kawan...ye ke?

Entah saya pun tak tau lagi baby girl ke boy...Jumaat ni scan 7 bulan...tak tau le nampak ke idak nanti...ohh sekali amik result darah suami...arap2 normal...Aminn....





Wednesday, October 29, 2014

Minggu 25

27/10/2014

Frust oke....hari ni buat BSP ngan check up rutin. Boleh pulak bacaan gula yg pagi tu tinggi....rasanya lebih sikit je pun...bacaan 5.6,5.9,4.8 ngan 5.2.

Disebabkan yang memula tu ditanda merah, tak pasal2 kena ulang BSP ni seminggu lagi. Satu bacaan je pun yang tinggi sikit.  Padahal dah elok2 sebelum ni sebulan sekali. Letih tau tak!!!!!!!! rasa nak menjerit je kuat2....

Buat BSP ni sangat2 memenatkan. Dah la kena start puasa dari pukul 10 malam sebelumnya, pastu kena berulang alik gi klinik cucuk jari 4 kali sehari. Makan, pastu puasa 2 jam, makan, puasa 2 jam....camtu la kekdahnya.

Saya ni bukannya suri rumah pun...bekerja. Mau tak longlai badan berulang alik dari opis ke klinik. Kang sampai opis bukan boleh rilek, sambung buat keje jugak. Cuti pun dah abis. Nak ngengada amik  cuti lagi semata2 untuk BSP ni nanti unpaid leave pulak. Muka ni dah naik tebal dok asik mintak keluar opis dari bos. 

Memang menyampah la gi KK ni. Serius. Ni bertabah sementara tunggu baby lahir. Pas ni Insya Allah mana tau kot2 ada rezeki anak kedua (pheww...jauhnya pikir), memang ku berazam cari duit lebih pastu gi check up private je. Nak buat cane time ni kami sekeluarga sedang diuji dengan masalah ekonomi. Redha je lah...

Ye la...pas tu bayangkan saya dah la pembawa talasemia, then check Hb naik la jugak 0.2 dari 9.3 ke 9.5. Yup memang saya masih anemia, jauh bacaan tu dari bacaan normal iaitu 11.0. Tapi yg nurse tu membebel buat apa. Kalo saya tak usaha takdenya Hb tu naik. Mesti makin merudum ye tak. Dia tak tau ke pil iron tak beri kesan mana pun kalo makan sebab ada gen talasemia ni?

Macamana pun kena bebel, saya dalam hati rasa gembira jugak sebab Hb ni naik walaupun sikit sangat. Sebab saya tak makan pil iron. Jadi at least saya tau diet saya dah oke dan cuma perlu tambah lagi. Setakat ni nampaknya kira menjadi la saya minum pati delima gulsan campur madu tu. Yang lain saya kena tambah lagi makan tiram jadikan 3 kali seminggu dari sebelum ni sekali seminggu. Wah baik punya plan.

Amik suntikan kancing gigi yang kedua. Kali ni badan rasa oke, tak macam yang first hari tu rasa nak demam. Mungkin badan dah adapt kot. Cuma rasa lenguh sikit dan sakit kalo tertekan bahu tu. 3 hari baru hilang lenguh tu.

Berat badan dah jadi 47kg. Alhamdulillah. Ni pun bersusah payah saya diet tahan makan itu ini. Nasik putih pun sekali sehari je. Tu pun 2 senduk je. Bayangkan ibu mengandung yang sentiasa kelaparan disuruh diet.   Tak kejam ke tu. Teh,kopi memang dah lama tak amik. Kek dan biskut manis pun tak,ganti dengan biskut gandum. Kadang2 kalo teringin sesangat baru makan aiskrim sikit. Orang lain saya tengok naik sampai berpuluh kg oke jek. Kot naik lebih dari 1kg dlm masa 2 minggu nanti jadi macam hari tu pulak kena datang klinik 2 kali seminggu check blood pressure ngan urin. 

Saya pun bukan bodoh, saya tau la kesan kalo berat badan terlebih, gula terlebih. Tapi yang buat nak marah bila sume benda2 ni border line aje, tapi memang cara diorang susahkan kita nak berulang alik macam kita ni hidup senang sangat. 

Haih nak marah pun takde guna...yang penting doa banyak2 baby sihat dan kuat. Demi baby, ibu akan bertabah sesungguhnya....