Showing posts with label Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kucing. Show all posts

Thursday, April 9, 2015

Belajar Sesuatu Dari Mereka

Mereka yang dimaksudkan ialah kucing-kucing saya. Yang saya bela bertahun2 lamanya, dari satu generasi ke generasi lain masa bujang dulu. Dan mereka semua dah takde. Ada yang dah mati dan ada yang hilang macam tu je. Entah apa nasib mereka. Berat sangat nak tulis entry ni, sedih kalo kenangkan, tapi yes...walaupun  kucing, ada sifat mulia dalam diri mereka.

1) Mendahulukan Anak

Citam dan Tompok. Bila dibagi makan, mereka akan tunggu anak2 mereka habis makan dulu. Sisa tinggalan yang anak2 tak habis tu la yang mereka makan. Terharu tak? Tu namanya kasih sayang ibu. Tapi dun wori, saya akan tambah nasik/biskut so mereka leh makan kenyang2... :)

CITAM kesayanganku

TOMPOK
2) Layanan Sama Rata 

Abu...entri pasal 'Sabun Untuk Kucing' yang saya tulis dulu adalah pasal dia. Ingat lagi dia mengerekot kesejukan dalam dakapan saya lepas kena mandi guna sabun tu. Saya kutip dia di Jusco Seremban 2. Betul2 dia berada depan pintu masuk. Nasib baik tak kena lenyek ngan troli. Masa tu dia kecik lagi. Besar tapak tangan saya kot. Bawak balik. Kebetulan ada anak2 Comot yang sebaya iaitu Belang Bulat, Belang Adik, Belang Manja dan Coreng.

Abu membesar dengan mereka. Comot pulak dengan baik hatinya izinkan Abu  nenen kat dia. Sikit pun tak berkira. Takde pulak nak marah2 Abu yang bukan anak dia. So jadilah ibu susuan. Rasa ternampak2 lagi Comot tengah susukan budak2 berlima ni...

ABU di hari pertunanganku. 2 hari lepas tu Abu pun hilang

ABU ngan adik beradik angkatnya masa kecik.Nampak tak ada 5 ekor semuanya?

3) Jaga Adik-adik

Ciku Melati...bila maknya Tompok hilang...Ciku ambik alih tugas jaga adik2 yang kecik lagi. Ada 4 ekor tapi nama dah tak ingat. Budak2 tu tengah nakal masa tu. Masa siang diorang bebas bermain kat luar...Ciku tolong tengok2 kan. Sikit tak berenggang dari diorang. Bila dah nak Maghrib, masukkan dalam sangkar. Bebudak kecik tu dok la main2 lagi dalam sangkar tu, sian Ciku tak leh tido..hehehe

                CIKU MELATI- masa ni tengah bungkus doorgift saya kawen.
   Ciku tolong jugak....tolong sepah ngan main plastik

4) Sayang Adik Beradik

Entri 'Klinik Haiwan Di Seremban' adalah kisah Longot dan Comot. Longot dah tenat sangat. Bila dia di wad, Comot kat umah dok la cari2 Longot. Masa tu Comot baru beranak kali pertama tapi anak2 dia mati tak lama kemudian. Bila Longot dah balik ke umah lepas operate, dia kena dok dalam sangkar sebab lemah lagi. Comot dok je depan sangkar tu macam tak nak kehilangan Longot lagi.

LONGOT

                              COMOT
LONGOT N COMOT masa kecik. CITAM ialah mak mereka.

Ini adalah sebahagian yang dapat saya coret. Banyak lagi kucing saya sebenarnya. Rindu sangat sangat sangat kat diorang..


Saturday, February 18, 2012

Sabun Untuk Kucing





Err...kucing korang pernah kena kutu tak? Tak la kot kan. Lain la macam saya ni, kucing dok merayau je. Nama pun kucing kampung. Mmm ada gak kucing yang saya bawa balik dari mana-mana tu dah memang ada kutu.
           Dulu kalau kena macam ni, saya ada bawa pergi vet. Kucing ni akan disuntik dengan ubat kutu. Mekanismenya ialah ubat akan masuk dalam aliran darah, bila kutu gigit kucing tu, so ia akan termakan ubat tu and mati. Tapi cara ni lambat sikit nak berkesan. Saya tengok dekat seminggu lebih baru clear badan kucing ni dari kutu tu. 
           So nak senang saya beli je sabun antiseptik Fido. Ala-ala Dettol la tapi ni untuk kucing dan anjing. Sabun ni banyak buih. Budak-budak ni kalau mandi dengan air suam. Biarkan buih sabun tu dalam beberapa minit lepas tu bilas. Haa, bila lap badan kucing tu dengan towel, habis bangkai-bangkai kutu tu melekat kat towel tu. Kan senang tu. Sekali mandi je terus hilang masalah kutu ni. Selain untuk hapuskan kutu, sabun ni untuk elak kegatalan. Sabun ni ada je jual kat mana-mana. Saya pun beli kat Tesco je. Harga kalau tak silap RM4.20. Hihu

Sunday, August 21, 2011

Klinik Haiwan di Seremban

           Just nak share, kucing-kucing saya sakit hari tu. Setelah dua klinik saya pergi, dan kucing saya makin teruk sebab tak mendapat rawatan sewajarnya, akhirnya saya jumpa sebuah klinik yang betul-betul bagus kat Seremban ni. Ni alamatnya:

Klinik Veterinar Animal Clinic
1800, Jalan Tok Ungku (Jalan Loop),
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-6315457/019-6546070
(Dr. C. Paul / Dr. G. Joshua)

Waktu Operasi :  Isnin- Jumaat 10.30 a.m -7.00 p.m
                           Sabtu & Cuti Am  10.30 a.m - 5.00 pm
                           Ahad : Tutup
                           Lunch : 1.00 p.m - 2.00 p.m

Klinik ni kat Rahang. Oh ye, lagi satu Shaz kata klinik kat Oakland (sederet Avon) pun okey gak. Ownernya sama dengan klinik kat Tampin..   : )

Monday, April 18, 2011

Kucingku Sayang

      Walaupun saya tak pernah menulis tentang kucing, tapi ada juga ye peminat kucing yang lawat blog saya ni. Terima kasih ye...mana tau saya pun peminat kucing? mesti dari shaz alina ni... : )
      Sebenarnya saya sayang semua haiwan...bagi saya mereka pun berhak hidup selesa di muka bumi ni...kesian juga tengok haiwan liar yang hilang tempat tinggal sebab hutan ditebang...penyu yang nak pupus...isk isk...tapi kucing paling istimewa la sebab dari kecilk bela mereka..
       Mmm mesti ada yang tertanya-tanya kenapa saya tak tulis pasal kucing...kalau tulis secara umum contohnya tentang penjagaan kucing mungkinla nanti, tapi kalau cerita tentang kucing peliharaan tak laa...saya tak nak cerita pasal kucing peliharaan saya, takut kalau jadi apa apa pada mereka, sedih nanti...


       Bagi saya kucing ni teman yang setia, walaupun saya ni banyak kekurangan tapi mereka tak kisah, sayang juga kat saya...rasa terharu bila balik kerja disambut mereka, rasa ada la yang sayang kat saya ni..huu..  setiap kucing yang pernah saya bela adalah istimewa, ada kenangan masing-masing...semuanya tak boleh dinilai dengan wang ringgit..     
        Ada juga kucing yang saya bawa balik rumah. Kalau kat rumah, mana-mana kucing yang singgah, jenguk-jenguk kat pintu tu akan diberi makan jugak. ...harap-harap murah la rezeki, dapat juga ktolong budak-budak terbiar ni... meow meow  : )