- Dianggarkan 2.5 juta jemaah berhimpun untuk menunaikan haji di Mekah pada tahun ini dengan 1.8 juta jemaah adalah jemaah luar dari seluruh dunia. Sementara 700,000 hingga 800,000 jemaah lagi adalah dari Arab Saudi sendiri.
- Setiap negara Islam mempunyai kuota haji, iaitu 1,000 jemaah bagi setiap sejuta penduduk dengan jumlah yang paling ramai iaitu 200,000 orang jemaah adalah dari Indonesia sebagai negara yang paling ramai jumlah penduduk Islam di dunia.
- Kerajaan Arab Saudi mengerah seramai 63,000 anggota keselamatan untuk mengawal sepanjang musim haji. Ini termasuklah 3,500 polis anti rusuhan, 450 buah kereta kebal, 22,000 orang anggota tentera dan 6,000 buah kenderaan polis dan tentera.
- Sebanyak 1,500 sistem kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kebanyakan lokasi di Masjidil Haram dan 29 buah stesen polis dibuka di sekitar masjid itu.
- Seramai 20,000 orang pekerja kesihatan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kejadian kecemasan dan 5 buah helikopter penyelamat turut disediakan bagi membantu para jemaah.
- Terdapat lebih dari 12,000 pembimbing haji lelaki dan wanita atau lebih dikenali sebagai mutawwif bertugas membantu para jemaah sepanjang musim haji.
- Masjidil Haram yang terletak di tengah-tengah Kota Mekah dan terdapat bangunan Kaabah di tengah-tengah masjid yang berukuran saiz 368,000 meter padu, dapat menampung sehingga 1.5 juta jemaah untuk beribadat di situ.
- Bangunan Kaabah yang dibina di atas batu jubin dan diperbuat daripada batu granit mempunyai pintu yang bersadurkan 280 kg emas padu. Bangunan Kaabah itu dilitupi dengan kelambu (kiswah) yang diperberbuat dari fabrik sutera. Ia diperbaharui setiap tahun setiap kali tiba musim haji, bersulamkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dengan menggunakan 150 kg benang emas dan perak.
Blog ini adalah catatan peribadi penulis dan tidak berkait dengan sesiapa. Pandangan yang diutarakan adalah personal sahaja. Dilarang sama sekali mengambil gambar dari blog ini atas tujuan apa sekalipun terutama foto penulis dan keluarga.
Saturday, November 12, 2011
Fakta Haji 1432 Hijrah
Labels:
Tips/Petua/Info
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment