Hari Isnin (7/7/14) tu, lepas buat buku pink dan check up, saya diminta datang semula hari Jumaat untuk minum air gula. Hati ni dah cuak dah. Dah la baru lepas amik darah, ni nanti kena lagi amik darah 2 kali untuk test ni. Bukan apa, riso sebab saya underweigth, pastu seminggu sampai 3 kali kena cucuk. huhu
Tapi takpe la, tabahkan hati je. Disebabkan nurse bagi penerangan prosedur minum air gula tu laju benar, so saya ada lost sikit la. Jadi balik tu saya sibuk le menggoogle prosedur minum air gula ni. So kita kena puasa malam sebelumnya dari 10 malam, esok pagi pukul 8pagi ambil darah, lepas tu minum air gula. Lepas minum air gula tu sambung puasa 2 jam lagi barulah darah akan diambil untuk kali kedua.
Sungguh saya tak terpikir langsung nak google cara pemakanan untuk lulus test ni. Yang ada dalam fikiran cuma tak kuasa nak kena cucuk lagi 2 kali tu. Pas tu perasaan yang ada adalah takut lapar pasal kena puasa. Haish kalo difikirkan balik, takde la lapar mana pun sebab pukul 10 tu kira saya dah masuk tidur. Pagi esok pukul 10 dah boleh makan dah...
Disebabkan takut lapar, sebelum pukul 10 malam tu, saya minum horlicks, makan kuetiau, buah belimbing besi, last sekali pukul 9.30 minum horlicks lagi. Dua kali minum horlicks yang manis tu...hehehe
So esoknya saya pun pergi KK. Lepas amik darah kali pertama, tibalah masa untuk minum air gula. Dari blogger2 lain, diorang cite ada yang dapat air gula perisa oren atau anggur. Tapi kat KK Sendayan ni, yang dihidangkan adalah original punya air gula siap panas berasap lagi.
Dek sebab terbaca tips dari sorang blogger ni, untuk elak loya kena minum cepat2, saya pun amik,baca bismillah dan terus minum. Masa amik tu tak sangka panas sangat. Ingatkan suam je. Nasib baik tak terlepas cawan dari tangan.Tu dia...tak ke cedera lidah ngan lelangit tu. Huk huk...pastu nak tak nak sebab panas gila terpaksa la minum seteguk, tiup, minum seteguk, tiup. Dah la lidah dah sakit ni.
Sampai setengah cawan (cawan besar), tetiba rasa mual dah. Teruskan la jugak....dah abis, segala rasa datang. Mual, loya, pening lalat. Dua jam tu rasa seksa sebab rasa nak rebah je. Pukul 9 saya pegi toilet untuk meludah sebab rasa mual sangat.
Then ambil darah kali kedua. Nurse cakap dia akan call kalo result tak oke. Saya pun pegi farmasi amik vitamin yang hari Isnin tu lupa ambik. Asid folik, B Kompleks, Vitamin C, Kalsium ngan Iron. Then balik dan pukul 10.30pagi dah sampai opis dah....dekat je...
Kat opis, sepanjang hari gelabah takut result tak oke...ye akhirnya dapat panggilan telefon dari sana hari Selasa minggu depannya. Result tak oke. Sebelum 4.7, selepas 7.9. Kira berisiko kena kencing manis. Nurse suruh saya datang jumpa doktor.
Esoknya pepagi saya pegi lagi KK ni. Jumpa doktor, dia refer saya kat pakar pemakanan. Betulkan diet sebab nanti kena buat BSP (Blood Sugar Profile). Nasib saya tak baik, kat KK tu dietitian dia tak masuk dah, masuk lepas raya. Tapi doktor insist saya cepat2 jumpa dietitian, so dia keluarkan surat refer saya ke dietitian kat Hospital Tuanku Jaafar.
Tapi nasib baik saya tak redah je gi spital tu. Tadi saya telefon dulu klinik pakar pemakanan tu, rupanya kena buat appointment. So hari Jumaat ni saya akan ke sana...
bersambung...hehehe
No comments:
Post a Comment