Thursday, March 17, 2016

Lagi Cerita Besday Ilman


Huhu

Walaupun lewat sikit upload, tapi seperti yang dijanjikan, ni serba sikit gambar sekitar besday Ilman tempoh hari. Alkisah mummy dan ayah lupa snap gambar, rugi lak rasa padahal Ilman siap bertukar baju bagai. Ni pun apa yang ada je dalam kamera ni..













Kisahnya, 3 bulan sebelum tarikhnya, hati mummy ni dah excited giler. Ye la anak first kan, nak nak pulak mengandung,bersalin ngan berpantang dia ni banyak tul cabarannya.

Jadi mummy dah berkira-kira nak sambut walaupun kecil-kecilan. Takat kitorang adik beradik je pun. Mummy ni ada sorang abang, sorang akak. Tapi happening jugak sebab anak-anak diorang pun dah ramai.

Sebelah ayah Ilman, yang datang ibu tiri, adik-adik tiri iaitu Nadia ngan si Baby n suami yang baru kawen ri tu. Baby pun tengah peknen 4 bulan masa tu. Diorang sampai pukul 5 ptg sebab dari Melaka, siap bawak kek lagi. Jadinya dapat le llman potong kek 2 kali, walaupun kali kedua tu Ilman pun dah bertukar baju pakai singlet je sebab panas, dan yang lain dah balik sebab ada urusan lain...

Nak jugak cite pasal menu...

Spageti bebola daging- ayah Ilman masak, mummy tukang tengok je hehehe...
Pulut kuning dan rendang ayam pencen, bubur pulut hitam - nenek Ilman masak
2 ekor ayam panggang beli kat Ayamas
Kuih muih -beli
Opkos kek besday Ilman- kek biasa je beli kat King's Tesco

Alhamdulillah cukup makanannya...nenek pun standby masak nasik lauk sambal bilis petai, ngan ada satu dua lauk lagi in case kalo tak cukup....tapi erk patutnya rancang baca doa selamat dulu, sekali diorang dah lapar main serbu je, doa entah ke mana hehehe

Doorgift, mummy buat simple je sebab kekangan masa dan kebetulan mummy kurang sihat sikit. Walaupun mummy dok terima tempahan coklat, untuk anak sendiri takde le pulak coklatnya. Rancang nak buat coklat lollipop, tapi cancel la pulak huhu

Last-last pikir punya pikir, untuk dewasa mummy bagi gula-gula pelbagai perisa. Ada perisa kopi,pudina,cola, buah, campur-campur 10 biji, mummy letak dalam bekas doorgift masa Baby kawen. haha mummy simpan...agaknya gelak si Baby dapat gula-gula tu. Mesti dia kata haiyaa...ni bekas doorgift I kawen dulu le...hehehe

Itupun caca marba skit bungkusannya, ada mummy letak dalam uncang organza sebelum taruk dalam bekas tu, ada yang mummy ikat bekas tu dengan kain net..gitu laa..

Untuk kanak-kanak, mummy bagi air kotak n London Swiss Roll dalam paper bag. 

Walaupun simple, tapi niat mummy  ikhlas nak sedekah dan gembirakan hati semua...

Gitu le ceritanya. Apa yang mummy cite ni sebagai kenangan, takde sikit pun niat nak menunjuk. 

p/s gambar ayah Ilman takde pasal dia yang pegang kamera. Huhu 


No comments:

Post a Comment