Mereka yang dimaksudkan ialah kucing-kucing saya. Yang saya bela bertahun2 lamanya, dari satu generasi ke generasi lain masa bujang dulu. Dan mereka semua dah takde. Ada yang dah mati dan ada yang hilang macam tu je. Entah apa nasib mereka. Berat sangat nak tulis entry ni, sedih kalo kenangkan, tapi yes...walaupun kucing, ada sifat mulia dalam diri mereka.
1) Mendahulukan Anak
Citam dan Tompok. Bila dibagi makan, mereka akan tunggu anak2 mereka habis makan dulu. Sisa tinggalan yang anak2 tak habis tu la yang mereka makan. Terharu tak? Tu namanya kasih sayang ibu. Tapi dun wori, saya akan tambah nasik/biskut so mereka leh makan kenyang2... :)
2) Layanan Sama Rata
Abu...entri pasal 'Sabun Untuk Kucing' yang saya tulis dulu adalah pasal dia. Ingat lagi dia mengerekot kesejukan dalam dakapan saya lepas kena mandi guna sabun tu. Saya kutip dia di Jusco Seremban 2. Betul2 dia berada depan pintu masuk. Nasib baik tak kena lenyek ngan troli. Masa tu dia kecik lagi. Besar tapak tangan saya kot. Bawak balik. Kebetulan ada anak2 Comot yang sebaya iaitu Belang Bulat, Belang Adik, Belang Manja dan Coreng.
Abu membesar dengan mereka. Comot pulak dengan baik hatinya izinkan Abu nenen kat dia. Sikit pun tak berkira. Takde pulak nak marah2 Abu yang bukan anak dia. So jadilah ibu susuan. Rasa ternampak2 lagi Comot tengah susukan budak2 berlima ni...
ABU di hari pertunanganku. 2 hari lepas tu Abu pun hilang
ABU ngan adik beradik angkatnya masa kecik.Nampak tak ada 5 ekor semuanya?
3) Jaga Adik-adik
Ciku Melati...bila maknya Tompok hilang...Ciku ambik alih tugas jaga adik2 yang kecik lagi. Ada 4 ekor tapi nama dah tak ingat. Budak2 tu tengah nakal masa tu. Masa siang diorang bebas bermain kat luar...Ciku tolong tengok2 kan. Sikit tak berenggang dari diorang. Bila dah nak Maghrib, masukkan dalam sangkar. Bebudak kecik tu dok la main2 lagi dalam sangkar tu, sian Ciku tak leh tido..hehehe
CIKU MELATI- masa ni tengah bungkus doorgift saya kawen.
Ciku tolong jugak....tolong sepah ngan main plastik
4) Sayang Adik Beradik
Entri 'Klinik Haiwan Di Seremban' adalah kisah Longot dan Comot. Longot dah tenat sangat. Bila dia di wad, Comot kat umah dok la cari2 Longot. Masa tu Comot baru beranak kali pertama tapi anak2 dia mati tak lama kemudian. Bila Longot dah balik ke umah lepas operate, dia kena dok dalam sangkar sebab lemah lagi. Comot dok je depan sangkar tu macam tak nak kehilangan Longot lagi.
Ini adalah sebahagian yang dapat saya coret. Banyak lagi kucing saya sebenarnya. Rindu sangat sangat sangat kat diorang..
No comments:
Post a Comment