Sunday, March 2, 2014

Wajah Hampir Sama-Adakah Dia Jodohku?


Ramai yang percaya bahawa pasangan yang mempunyai wajah hampir sama bermaksud memang jodoh. Betul ke? Tapi jodoh itu rahsia Allah, mana mungkin ditebak begitu.

Bagaimanapun terdapat kajian yang membuktikan bahawa manusia cenderung menyukai orang yang memiliki persamaan dengan diri mereka. Baik persamaan fizikal, hobi mahupun bakat. Bahkan ada kajian lain mengatakan tanpa sedar, manusia cenderung menyukai orang yang mempunyai DNA mirip dengan DNA sendiri.

Namun, persamaan wajah tidak menjadi petanda bahawa anda berjodoh dengan orang yang mirip wajah anda. Anda dan pasangan mungkin tidak memiliki persamaan fizikal namun ada persamaan lain yang membuat anda dan pasangan saling jatuh cinta.

Contohnya jika anda gemar membaca buku dan memiliki pengetahuan yang luas, anda akan cenderung meminati lelaki yang mempunyai minat sama dengan anda. Sebabnya anda dan dirinya akan mempunyai pemikiran yang sama dan boleh mengimbangi satu sama lain.

Selain itu ada satu lagi kajian menarik tentang persamaan wajah ini yang telah dilakukan. Pengkaji ini menganalisis gambar pasangan berkahwin 25 tahun lalu. Meski raut wajah berbeza ketika baru mendirikan rumahtangga, namun seiring masa, wajah mereka memperlihatkan persamaan terutama apabila mereka hidup bahagia.

Kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji dalam hal ini adalah, pasangan yang makin tua tampak mirip kerana mereka mempunyai contact yang dekat dan meniru ekspresi wajah pasangan masing-masing. Contohnya jika pasangan banyak tertawa, dia juga mungkin akan mengembangkan garis ketawa di bahagian mulutnya dan begitu juga dengan pasangannya.

No comments:

Post a Comment