1) Memulakan makan dan minum dengan lafaz Bismillah.
Rasullah SAW bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang kamu makan, maka
hendaklah menyebut nama Allah, jika seseorang itu lupa untuk menyebut nama Allah
apabila telah mula makan, hendaklah dibaca‘dengan nama Allah pada permulaan dan
juga akhirnya. (riwayat Muslim)
2) Mengakhiri makan dan minum dengan mengucapkan Alhamdulillah.
Ini menandakan seseorang itu bersyukur dengan limpah kurnia rezeki yang diberikan
Allah SWT, di samping bersyukur kerana Allah SWT masih memberikan selera dan
keinginan untuk kita menikmati rezeki daripada-Nya.
3)Menggunakan tangan kanan ketika makan,tidak gelojoh menyuap makanan,
mengecilkan suapan serta mengunyah dengan baik supaya tidak menyakitkan
halkum.
Mulakan dengan mengambil makanan yang hampir dengan kita.Kegelojohan ketika
makan amat bertentangan dengan naluri kesopanan manusia, ini kerana makan dan
minum turut dianggap ibadat di sisi agama.
Rasulullah SAW bersabda: Wahai Umar, Ibnu Salamah, ucapkanlah Bismillah dan
makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dengan apa yang ada di sekeliling
kamu (yang hampir).(riwayat Bukhari dan Muslim).
4) Membersihkan sisa makanan yang melekat di jari terlebih dahulu sebelum
tangan dibersihkan.
Islam menghendaki sisa-sisa makanan dihabiskan dengan mengulum atau menjilat jari
kerana perbuatan membasuh tangan yang masih melekat dengan makanan adalah
suatu penghinaan kepada rezeki Allah itu sendiri.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu makan, maka
janganlah kamu menyapu jari-jari tangan kamu sehingga kamu mengulum terlebih
dahulu (supaya sisa-sisa makanan benar-benar bersih terlebih dahulu).
5) Memungut semula makanan yang terjatuh.
Bersihkan dan bolehlah dimakan dan janganlah dibuang dengan sewenang-wenangnya. Tindakan membuang terus makanan adalah bermakna menyediakan
makanan untuk syaitan. Rasulullah SAW bersabda: Apabila terjatuh sesuap makanan
seseorang kamu, maka hendaklah dikutipnya, dibersihkan kekotorannya dan makanlah
dan jangan dibiarkannya untuk syaitan. (riwayat Muslim)
6) Janganlah meniup makanan yang panas, tunggu sehingga makanan
atau minuman itu sejuk.
Begitu juga ketika minum, janganlah bernafas sambil meminum air.
Daripada Ibnu Abbas r.a Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Nabi Muhammad
menegah dari bernafas di dalam bejana (bekas air) atau meniup ke dalamnya."
7) Menjauhkan diri daripada terlalu kenyang.
Biarpun tidak dinafikan bahawa kerana laparlah kita makan, tetapi kekenyangan yang
diperlukan biarlah munasabah dan sederhana. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: Tidak seharusnya seseorang anak Adam itu memenuhi punca kejahatan
dari perutnya.Memadailah dengan beberapa suapan yang dapat memelihara perutnya.
Jika ini sukar dilakukan hendaklah sepertiga dari perutnya diisi dengan makanan,
sepertiga lagi dengan minuman dan sepertiga lagi untuk pernafasan.
(riwayat Bukhari dan Muslim)
8)Untuk mengedarkan makanan atau minuman di dalam majlis jamuan
hendaklah diedarkan kepada tetamu yang lebih tua umurnya.
Suatu ketika dalam suatu majlis jamuan yang dihadiri Baginda Rasulullah, ketika itu
duduk di kiri Baginda ialah seorang yang lebih tua umurnya, manakala di sebelah
kanan pula ialah Ibnu Abbas. Maka ketika makanan diedarkan Ibnu Abbas memohon
izin Baginda supaya didahulukan hidangan itu kepada orang tua yang duduk di
sebelah kiri Baginda dan tidak kepada Baginda.
9)Bersama yang lain yang sehidang dengannya memulakan makan,
tidaklah seseorang itu tergesa-gesa menyuapnya, sedangkan yang lain masih
belum bersedia.
10)Setelah hidangan siap diatur dengan sempurna, jemputlah yang hadir
untuk menikmatinya dengan bahasa yang lembut dan beradab. Tidaklah dengan
bahasa yang kasar, menyindir atau dengan suara yang kasar
11)Islam juga memberi perhatian supaya dapat diseimbangkan makanan
dengan sahabat yang ada bersama ketika makan.
Ini bermakna bukanlah makan dengan tergesa-gesa melebihi daripada sahabat
yang lain. Apa lagi sekiranya makanan yang dihidangkan dalam saiz yang terhad.
12) Tidak mengambil kesempatan memerhatikan orang lain sewaktu makan.
Perbuatan ini boleh mengundang rasa malu atau boleh mengganggu tumpuan orang
lain terhadap makanan.
13) Tidak melakukan sebarang perbuatan buruk dan keji ketika makan,
sama ada dengan kata-kata atau perlakuan.
Elakkan menumpahkan makanan dari makanan yang diambil tertumpah di sana-sini atau sebarang suapan ke mulut turut mengenai orang lain. Dilarang juga
berbual-bual dengan kuat ketika makan, apatah lagi ketawa berdekah-dekah yang
boleh menganggu tumpuan orang lain yang sedang makan.
14) Makan secara berjemaah
adalah amat dituntut agama, lebih-lebih lagi jika dapat sehidangan dengan mereka
yang kurang berkemampuan atau golongan fakir miskin.
No comments:
Post a Comment