- Mematikan Ikan Keli
Mematikan ikan keli dengan cara mengetuknya menyebabkan isi ikan itu rosak. Cara yang paling mudah, masukkan secamca besar garam ke dalam bekas ikan keli dan biarkan lebih kurang 15 minit. Ikan itu akan mati.
- Hilangkan Kesan Bau Papan Pemotong
Ambil sebiji limau nipis dan dipotong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong.
- Hindari Bau Busuk Kulit Udang
Siramkan kulit udang dengan air panas. Kemudian bungkus dan masukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau, ia juga mengelakkan lalat dari menghinggapinya.
- Telur Ikan Tidak Pecah
Masukkan telur ikan ke dalam plastik. Rebus lebih kurang 5 minit. Keluarkan dari plastik dan masak seperti biasa.
- Mudah Mengopek Kerang
Campurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan.
- Merasa Masakan Di Bulan Puasa
Ketika puasa sukar menentukan rasa garam atau gula
a) Letakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan. Sekiranya didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna sudah cukup rasanya.
b) Letakkan setitik kuah di atas jari tangan. Sekiranya kuah tidak meleleh, tandanya sudah cukup manis.
- Mengelakkan Telur Rebus Pecah
a) Didihkan terlebih dahulu air dengan garam. Kemudian masukkan telur ke dalam air.
b) Masukkan telur ke dalam plastik yang berlubang atau bekas plastik yang berlubang sebelum memasukkan bekas atau plastik itu ke dalam periuk.
- Hilangkan Hanyir Ikan Sungai
a) Siang ikan dahulu dan rendamkan ke dalam air garam selama 15 minit. Gunakan garam kasar. Kemudian cuci dengan air bersih.
b) Gaul ikan dengan sedikit tepung gandum,asam jawa dan garam. Biarkan sekejap dan cuci menggunakan air biasa.
No comments:
Post a Comment